Tahun 2011 adalah tahun mencari kerja baru.
Kena kuatkan semangat dan cekal
untuk menghadapi tahun 2011 ni.
Oleh itu, saya kenalah perbaiki RESUME / CV yang ada
kena memantapkan segala kepandaian yang ada pada diri ni
untuk menghadapi sesi interview.
RESUME / CV tu sangat penting hokay
sebab benda nilah yang nak sampai ke tangan majikan.
Bila dah selected untuk datang ke sesi interview
maka barulah kita bersiap sedia
dari segi attire diri & komunikasi.
Dengan adanya RESUME yang baik
ia dapat memberi kesan yang
POSITIF kepada penemuduga kita tu.
Korang tentu pernah buat resume sendiri
ataupun
memang dah ada dalam stok-stok simpanan?
Hehehe.
okay..okay.. kat sini saya nak share sikit sebanyak
tips-tips menulis RESUME/CV
1. Isi kandungan - Selalunya benda-benda yang nak ditulis tu boleh dikatakan agak standard gak ler. Walau bagaimanapun kita boleh tentukan sama ada kita nak cerita secara terperinci ataupun tidak tentang pekerjaan kita yang lepas-lepas tu.
2. Asas - Ahaa, yang ini seperti biasalah kena letak nama korang, nombor telefon, alamat dan e-mail (jika ada tapi rasa-rasanya semua orang pun dah ada email kan even budak kecik pun dah ada la). Lagi satu kenalah sertakan dengan dua keping foto (Alaahh yang passport size tu la)
3. Objektif - okay, yang ini kita kena merujuk kepada matlamat kerjaya dan kemahiran kita. Kalau nak tulis tu bolehlah tulis dalam satu atau dua ayat sahaja kalau tak abaikan saja. TETAPI kan.. apa yang I tau ramai penemuduga kat sana suk sangat nak baca. So, kalau boleh, tulis jelah yea. Kita tulis secara kreatif lah beb! Jangan nak copy sebulat-bulatnya pulak!
4. Pendidikan - Yang ni pulak, kita perlulah senaraikan semua-semua kelulusan akademik yang ada dari zaman sekolah rendah sampailah zaman University korang tu. Tulisla pasal jurusan yang dah kita ambil, gred ataupun markah purata, lagi kalau ada pape anugerah yang korang dapat lagiiiilah suka! Anugerah bintang popular ke, muzik industri ke..hehhe Tulis semua-semua tu.
5. Kemahiran khusus - Pape kemahiran yang kita ada contohnya kemahiran berbahasa Cina ke, Jepun je, tulis je. Lagi kemahiran menggunakan komputer ataupun pape kemahiran korang yang ada, masukkan saja.
6. Aktiviti - Kalau dulu kat sekolah or University, korang memang takleh duduk diam. Asyik bermesyuarat dan full dengan aktiviti-aktiviti je. Ahaa, sekarang ni, tunggu apa lagi, kumpulkan semua-semua sijil tu, tulis satu persatu, aktiviti yang korang pernah buat. Maybe kerja sukarela ke, jadi Pengerusi Kelab Catur ke, NaiB Pengerusi Kelab bina badan or sebagainya lah.Senaraikan saja!
7. Pengalaman herja - Haahh, yang ni paling mencabar skit. Alaa skit je tak banyak pun. Kita kena senaraikan semua pengalaman kerja korang tak kisahlah masa buat practical ke, part tim eke or kerja sukarela korang. Kalau boleh tu, susun pengalaman ni mengikut tahun dan tarikh yang terkini. Tulis jugak jawatan apa yang pernah kita sandang - Manager ke, Director ke, pastu tulis lagi nama syarikat, lokasinya kat mana dan senaraikan jugak tugas-tugas utama yang kita buat.
8. Rujukan - yang ni di dalam perenggan yang terakhir sekali. Orang yang nak kita rujuk tu. Maybe penemuduga nak call dorang ni tanya pasal kita. Selalunya, saya akan tulis nama cikgu or superior yang agak rapatdengan saya. Senang skit kan.. hehhe
Kita kena jugak nyatakan bahawasanya kita ni bersedia untuk memberi penerangan sekiranya pihak penemuduga mempunyai apa-apa pertanyaan.
Itulah dia, dengan panjang lebar saya menaip. All the BEST untuk sesiapa yang tengah siap sedia resume dia. :) Dah nak sakit tanganku menaip ni. Ehh, dah pukul 1.06pm ni.. Korang dah lunch ke belum tu? Haiii, nak makan apa ni?.......................
7 comments:
semoga berjaya dapat kerja yg best2 yer )
Check it out Entri Paling Best !
# Buat Banner Flash Dengan Adobe Flash CS3 !#
# # Lelaki Menyampah Tengok Perempuan Nangis !# #
# Dosa Orang Suka Melambatkan Solat !#
BB gud luck for u mission..
*jual brg on9 jelah,saya bole pc BB klu nak*
si lampu neon - thanks yea
Uchi kay-f@hmad - jual brg online? yea, saya mmg dah jadi businesswoman skrg ni - sila lawati www.bspotstylishly.blogspot.com. jangan lupa beli handbag untuk gf kf tau... beli jangan tak beli yea
eh gf saya bukn BB ke? so xyah belilah bhahaha......
ok ke tak blogshop tue,hope ade rmi buyer iyer...
*mataqu naek buntang bce benang psl on9 ebay ni*
uchi kay-f@hmad - elehh, banyaklah gf.. sebab taknak beli, main ckp sembarangan ek... dah..taknak beli dah!
huh!!!
Post a Comment