My dearest F.R.I.E.N.D.S

Wednesday, August 18, 2010

Truly Gifted - dan sebenarnya

Sepantas kilat, Asriel kini berada di sebuah rumah lama di pinggir hutan. Asriel kini berada di hadapan pintu utama lalu di ketuknya pintu tersebut. Kelihatan seorang wanita tua membukanya lalu berkata “Kenapa kamu kesini?”

“Boleh aku masuk? Aku perlukan pertolongan. Lantas Asriel mengeluarkan seutas rantai lalu ditunjukkannya kepada wanita tua itu.

Wanita itu membeleknya dan berkata “Siapakah empunya tuan rantai ini?”

“Ia milik penghuni rumahku. Aku nak kau melihat dan memberitahu aku apa yang telah berlaku kepadanya.” Terang Asriel lagi.

“Asriel, aku tidak mahu masuk campur dalam hal kau. Walau siapapun pemilik rantai ini, besar kuasanya.” Wanita tua itu cuba menutup pintu utama dan Asriel menyedarinya. Cepat-cepat tangannya menyekat pintu tersebut.

“Anna, aku perlukan pertolongan. Benarkan aku masuk!”

“Sudah! Aku sudah cakapkan yang pemilik rantai ini mempunyai kuasa yang luar biasa. Aku tidak mahu menilik lagi. Pergi kau dari sini, Asriel.” Pinta wanita tua itu.

“Kuasa yang luar biasa? Kyra? Kau pasti, Anna? Kyra hanya seorang gadis biasa. Tak mungkin..” belum pun habis ayat Asriel, wanita tua itu mencelah.

“Kyra? Kyra atau Keira? Kau nampak tak rantai ini huruf K di kelilingi oleh seekor naga emas? Dimana kau dapatkannya?” Tanya wanita tua itu lagi seperti terkejut.

“Kau buat saja apa yang aku suruh. Beritahu aku, apa yang telah berlaku kepada gadis ini? Cepat!” mata Asriel sudah mula kelihatan bertukar warna.

Cepat-cepat wanita tua itu berjalan masuk kedalam rumah sambil berkata ‘Masuklah”. Asriel mengikutnya masuk.

Asriel mengikut wanita tua itu masuk kesebuah bilik gelap yang hanya bercahayakan lilin. Wanita itu meletakkan rantai milik Kyra di atas seketul batu. Matanya dipejam dan mulutnya membaca sesuatu.

Tiba-tiba dia terdiam. Wajahnya seperti orang terkejut. ‘Asriel, aku perlu berjumpa dengannya. Samada kau bawa Kyra kesini atau aku saja yang pergi berjumpanya. Aku perlukan kepastian tentang apa yang telah aku lihat.”

“Apa yang kau Nampak? Cakap.”

“Aku perlukan kepastian, Asriel. Bawa aku berjumpa dengannya. Jika benar apa yang aku Nampak, tentu kau tidak akan percayanya. Aku hanya akan bagitau selepas aku pastikan semuanya itu betul.”

Asriel geram dengan karenah wanita tua itu. Tetapi dia perlu membawa wanita tua itu berjumpa Kyra agar dia tahu apa yang telah berlaku kepada Kyra.
“Apakah aku perlu percaya dengan semua ni?” Tanya Asriel lagi sambil memandang wanita tua itu.

“Semuanya terletak kepada kau, Asriel. Takdir kau bersama seseorang gadis yang luar biasa kuasanya malah dia mempunyai ramai musuh. Kalau kau ingat tentang tilikan pertama aku dulu. Cuma.. kau perlu berhati-hati, wanita yang kau cintai akan senantiasa berada di dalam bahaya. Usah risau, kuasanya..”

Asriel merasakan sesuatu pergerakan di luar rumah wanita tua tersebut. Dia mengarahkan agar wanita tua itu diam. Asriel menjejaki pergerakan tersebut. Dia melihat-lihat seluruh ruang rumah tersebut.

“Ada sesuatu disini. Aku tahu tapi dia tidak dapat memasuki rumah ini tanpa persetujuan kau. Anna, cepat. Kita bertolak sekarang.

Sementara itu, Ziela telah tiba di rumah sewa Kyra. Seperti biasa, dengan kelam-kabut dia mengetuk pintu rumah.

Monica membuka pintu “Yea, cari siapa?”

“Err, Kyra. Kyra ada di rumah tak? Saya Ziela, kawannya. I cuba call handphone dia berkali-kali tapi tidak dapat. I perlu berjumpa dengannya.” Ucap Ziela sambil matanya tercari-cari kelibat kawannnya itu.

“Ohh, Ziela. Kyra tak berapa sihat. Dia sedang tidur.”

“Kalau begitu, biar saya masuk jenguknya.” Ziela ingin terus masuk tanpa di pelawa oleh Monica yang masih tercegat di pintu.

“Hey, siapa cakap awak boleh masuk, huh?! Tangan Monica menyekat Ziela dari memasuki ke dalam rumah.

“OK, maafkan I tapi I perlu jumpa kawan I. I risaukan dia. Dah berapa hari Kyra tak ke kelas. I just nak pastikan dia okay. Itu saja. Lagipun dah malam ni. Tak kanlah U nak biarkan I berdiri kat luar dengan keadaan cuaca yang sejuk ni.” Terang Zeila sambil membuat muka kesian.

Sedang mereka berdua bercekarama di luar, tiba-tiba Benjamin datang dan menyapa Ziela “Hey, masuklah. Buat apa tercegat saja di luar tu?”

Cepat-cepat saja Ziela masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan Monica yang menjadi pengawal pintu.

“Terima kasih Ben. I nak jumpa Kyra, boleh? I naik dulu ke biliknya yea?” pinta Ziela sambil menuju ke anak tangga.

Benjamin hanya tersenyum melihat gelagat Ziela. Monica menghampirinya lalu mencubit lengannya tanda marah akan tindakan Benjamin membenarkan Ziela masuk.

“Hey, sakitlah! I kenal kawan Kyra tu. U tak perlu risau ok.” Ucap Benjamin sambil berjalan terus menuju kearah dapur.

“Ben, I sedang bercakap dengan U ni.” Monica mengomel sendirian sambil mengekori Benjamin ke dapur.

Pintu bilik Kyra di buka setelah dua kali di ketuk oleh Ziela. Ziela masuk kebilik Kyra. Suasana bilik kelihatan suram dengan nyalaan lampu tidur di meja Kyra. Kelihatan Kyra masih tidur. Namun apa yang menghairankan Ziela adalah kenapa kepala kawannya itu berbalut dan keadaan Kyra kelihatan seperti tidak bermaya. Ziela duduk bersebelahan dengan Kyra. Dilihatnya wajah Kyra puas-puas.

Baru empat lima hari saja mereka tidak berjumpa, keadaan Kyra telah menjadi sedemikian? Apa yang berlaku sebenarnya? Fikir Ziela lagi. Direnung sahabat baiknya itu, air mata mula berguguran. Kesian Kyra. Ziela menyentuh tangan Kyra, terasa sejuk tangannya lalu di gengamnya erat tangan kawannya itu. Dia mula menangis lagi.

Kyra tersedar seperti ada seseorang bersamanya lalu dibukanya mata perlahan-lahan. Dia melihat seorang gadis berkaca mata berada di sebelah sambil memegang tangannya. Kyra menjadi terkejut lalu menjerit” siapa awak?” Dia menarik tangannya.

“Kyra, ini saya, Ziela. Kawan awak. Awak dah lupa?”

“Ziela? Kawan saya? Awak siapa? Dimana Asriel? Tolong jangan apa-apakan saya.” Kyra menjadi keliru.

“Kyra, janganlah begini. Ini saya, Ziela. Kitakan sama-sama study di BSUC. Awak dah tak ingat ke? Janganlah awak lupakan saya, Kyra.” Tersedu sedan Ziela menangis melihat keadaan Kyra yang hilang ingatan itu.

Ziela mencuba sedaya upayanya untuk menyedarkan Kyra agar mengingati kembali dia.

“Pergi dari sini. Jangan ganggu saya. Pergi!” jerit Kyra lagi apabila Ziela cuba menenangkannya.

“Kyra, cuba awak ingat balik. Saya ni. Ziela. Kita kan selalu bersama-sama, Awak ingat tak?”

“Saya tak kenal awak. Pergi dari sini. Asriel, dimana Asriel. Asriel!!” Kyra menjerit.

Tiba-tiba Asriel datang entah dari mana. “ Kyra, saya ada di sini. Awak jangan risau yea.” Asriel memeluknya. Asriel memberi insyarat agar Ziela menjauhi Kyra buat seketika.

Monica turut datang ditemani oleh Benjamin. Mereka berasa sedih melihat keadaan Kyra sedemikian.

Ziela yang sejak dari tadi menangis hanya memerhatikan saja keadaan itu. Dia bersuara “apa yang telah berlaku kepada Kyra? Boleh sesiapa jelaskan kepada saya?”

Monica memandang Ziela seperti mahu saja menerkamnya. “Shhh, diam!” suara Monica tegas. Ziela terdiam.

“Monic, tolong bawa wanita tua itu ke sini.” Arah Asriel.
Monica mengangguk dan terus berlalu pergi.

Seorang wanita tua berambut putih bertongkat masuk ke bilik Kyra. Semua yang berada di situ memandang wanita tua tersebut. Ziela yang sedang mengelap air matanya kini hanya diam membisu melihat reaksi wanita tua tersebut.

“Kyra, ini Anna. Awak boleh memanggilnya Aunt Anna. Dia ingin merawat awak. Awak jangan takut yea. Saya disini.” Pujuk Asriel. Kyra melihat wanita tua tersebut seperti ketakutan. Dia memandang kearah semua orang yang berada di situ.

Wanita tua itu merapati Kyra, di keluarkan seutas rantai berhuruf K yang dikelilingi oleh seekor naga emas lalu di pakaikannya kepada Kyra. Dia memegang kepala Kyra dan tersenyum. Diminta Kyra menghulurkan tangannya lalu mulut wanita tua itu sekali lagi berkumat kamit membaca sesuatu. Matanya di pejam. Semua mata tertumpu kepada mereka berdua.

Wanita tua itu telah melihat segalanya tentang Kyra - bagaimana Kyra dilahirkan, siapa ibu bapanya, asal usulnya, keluarganya, takdirnya dan yang paling penting Kyra bakal memiliki satu kuasa luar biasa yang sangat kuat dan mampu memiliki dunia. Kyra cucu kepada Selena Stanley – takdirnya dia perlu berpisah dari keluarganya dan mencari dirinya sendiri. Tiba-tiba wanita tua itu mendapat gambaran lagi – takdir hidup Kyra – dia perlu memilih arah hidupnya. Wanita tua itu juga melihat bagaimana Kyra melarikan diri dan siapa yang mengejarnya. Semuanya dapat dihuraikan kecuali tentang masa depan Kyra yang tidak dapat di kupasnya.

Agak pelik mengapa wanita itu tidak dapat melihat masa depan Kyra dengan begitu jelas. Dia hanya dapat mengagak dari gambaran tilikannya saja. Dia tidak dapat tahu tentang apakah kuasa yang bakal di perolehi oleh Kyra dan kenapa takdir hidup Kyra dia perlu memilih arah hidupnya. Wanita tua itu hanya dapat melihat dengan jelas tentang apa yang sudah dilalui oleh Kyra namun tentang masa depannya dia sendiri tidak tahu bagaimana nasib Kyra kelak.

Wanita tua itu membuka matanya. Dia memandang Asriel yang tidak sabar-sabar ingin mengetahui tentang hasil tilikan wanita tua itu. Wanita tua itu turut kelihatan begitu lemah.

“Monic, Ben. Korang tengok-tengokkan Kyra. Aku perlu menghantar Aunt Anna pulang kerumahnya.” Arah Asriel lagi.

“Kyra, awak berehat dulu. Saya datang sekejap lagi yea.” Ucap Asriel lembut sambil memegang dagu Kyra. Kyra seperti tidak mahu melepaskan Asriel pergi jauh darinya. Setiap saat dia merasakan dirinya berada di dalam bahaya kecuali dia berada bersama Asriel.
Asriel menghantar wanita tua itu pulang.

“Apa yang kau lihat, Anna?” Tanya Asriel sewaktu mereka tiba di hadapan rumah Anna.

“Kau tidak akan percaya tentang apa yang aku lihat, Asriel. Nasihat aku, kau perlu menjaga Kyra baik-baik. Tidak lama lagi usia Kyra akan genap 18 tahun. Banyak rintangan yang akan dihadapinya seorang diri. Tapi dia perlukan teman.”\

“Maksud kau?”

“Kau tunggu umurnya 18 tahun. Segalanya bermula apabila Kyra berumur 18 tahun. Buat masa sekarang, kau perlu menjaganya. Ada yang ingin membunuhnya.” Jawab wanita tua itu lagi.

‘Siapa?” Tanya Asriel.

“Kau pulang dulu. Aku perlu membuat sesuatu untuk melindunginya. Esok kau datang ke sini semula.” Arah wanita tua itu lagi.

‘Aku perlu tahu semuanya. Dan aku mahu tahu sekarang!”

Wanita tua itu membuka pintu rumahnya tanpa menghiraukan permintaan Asriel. Pintu rumah ditutup rapat. Asriel menahan geramnya di atas kelakuan wanita tua tersebut.

Dengan cepat, dia terus berlari laju sehingga sampai ke rumahnya. Asriel cuba berfikir tentang apa telah berlaku kepada Kyra sebelum dia menemui Kyra di tepi jalan.
~ bersambung ~

15 comments:

NAZ said...

ohh babe. semakin suspen pada umur 18 dan esok nya apa lagi orang tua tu nak buatt... nextttt haha

CikPuanWanda said...

mendera perasaan betol la dipagi2 bulan puasa ni..lagi dibaca lagi xsabar nk baca yg next episode....:)

Amni said...

dear, oleh sendiri ke ni? ke cilok dari buku? hoho...

Dhiaqiud said...

makin misteri n suspenzz...cpt2 upload next chapter k :)..

MamiKechik said...

i love u pagi ni babe. thanx for upload yg baru.. upload lg k... tak yah buat kerja kat ofis... karang lagi bebanyak.. hehe

bspotgurl said...

Naz - hehhe, orang tua tu dah nampak serba sedikit pasal kisah lalu kyra

bspotgurl said...

wanda arry - hihik, dera skit je tu. alahhhh dugaan di bulan puase ni..:)

bspotgurl said...

Amni - susah payah I mengarang sendiri la babe

bspotgurl said...

Dhiaqiud - yes, full of mystery. Tunggu for next chapter yea

bspotgurl said...

didyrose - aik, sayang i pagi ni je ke? pagi-pagi lain tu buat taktau kat I yea? hihik
thanks for the support

Amni said...

alamak! sorry dear,... watak tu buat saya confuse.. okai! nanti saya baca satu2! I will! saya sangat suka! =)

bspotgurl said...

Amni - it's okay. It just rasa down skit bila org cakap hasil karangan & kreativiti kita as cilok sedangkan I work hard for it. Anyway, takde papepun. Thanks sudi komen & sila komen lagi yea.
selamat berpuasa! :)

CikPuanWanda said...

gurl-xbaik owh dera2..sampai pening pale dok tunggu..keep up good work ok :)

bspotgurl said...

wanda arry - hihik. alaa sekali sekala je ah :)

Anonymous said...

pjgn betul!
bce skali imbas je nie..nnti bce balik smula..!
apepun jln citer smkin mntap......!