My dearest F.R.I.E.N.D.S

Thursday, August 5, 2010

Truly Gifted - Mimpikah aku?

Kyra kini berada di dalam hutan dan dia sedang berlari. Berlari sekuat yang boleh. Kyra berlari tanpa menoleh ke belakang dan dia takutkan sesuatu. Tiba–tiba ada seseorang yang telah menariknya, dia menjerit dan perlahan-lahan matanya dibuka.

Dilihatnya seorang pemuda sedang memeluknya sambil bertanya “ Kyra, awak ok?”
Kyra kepenatan berlari. Dia memandang di sekeliling bilik itu
“Dimana saya? Awak.. awak siapa?”

“Saya..” Asriel berasa hairan dengan tingkah laku Kyra. Sudahlah kepalanya berbalut, Kyra seperti tidak mengenalinya langsung. Apakah Kyra sudah hilang ingatan? Fikir Asriel lagi.

“Tolong jangan apakan saya. Dimana saya ni?” Tanya Kyra lagi seperti mahu menangis.

“Awak selamat disini. Saya Asriel. Awak di rumah saya. Saya yang selamatkan awak tadi. Awak ingat tak?” Asriel menduga.

“Di rumah awak? Bagaimana saya…”

“Takpe. Awak rehat dulu, Kyra. Saya jumpa awak di tepi jalan tadi. Awak pengsan dan awak meracau-racau seperti ada sesuatu yang berlaku kepada awak. Berkali-kali awak menjerit tau. Sudahlah, awak berehat yea. Saya keluar dulu” Ucap Asriel sambil melepaskan pelukannya.

Kyra cepat-cepat memegang tangan Asriel “Tolong. Tolong jangan tinggalkan saya. Saya takut. Ada orang nak bunuh saya.” Pinta Kyra. Entah mengapa dia merasakan bahawa dia boleh mempercayai pemuda yang tidak dikenalinya itu. Pemuda yang bernama Asriel itu Nampak baik orangnya.

“Saya tidak ingat apa yang berlaku. Saya..” ucap Kyra lagi sambil cuba mengingati apa yang telah berlaku kepadanya.

Asriel memegang lembut rambut Kyra “Awak jangan risau. Saya disini. Tidak ada apa-apa yang akan berlaku kepada awak. Dan tiada sesiapapun yang akan apa-apakan awak.” Dia memandang wajah Kyra yang putih pucat.

Kyra menggelengkan kepalanya “Tidak, tolong. Saya takut.Awak tidak tahu apa yang terjadi. Ada seseorang..sesuatu yang mencari saya. Saya tahu, ada sesuatu..” Kyra memeluk tangan Asriel seperti tidak mahu melepaskannya.

Asriel cuba menenangkan keadaan dan dia merehatkan badannya di kepala katil sambil memeluk Kyra. Kepala Kyra di letakkan di atas dadanya “Ok ok, awak berehat dulu. Saya tidak kemana. Awak cuba tidur yea.”

Kyra berasa selesa bersama Asriel dan dia memejamkan matanya dan dia cuba tidur kembali. Badannya masih terasa sangat letih.

Asriel membelai-belai lembut rambut Kyra.
Tiba-tiba Asriel menjadi seorang penyayang. Bukankah dia pernah membenci Kyra semasa Kyra mula-mula datang ke rumahnya. Asriel sebenarnya tidak membenci Kyra. Hatinya mula terpaut kepada Kyra semasa mula-mula mereka bertentang mata namun Asriel cuba menyembunyikan perasaannya itu. Dia cuba membuang perasaan suka dengan bertindak membenci gadis itu. Dan kini, Kyra berada di dalam pelukannya. Yea, Kyra berada bersama Asriel pun disebabkan dia hilang ingatan kan, jika tidak mana mungkin Kyra dan Asriel akan bersama begitu. “Argghh, indah sekali kalau manusia berada di alam cinta.” Fikir Asriel lagi.

Kyra tertidur. Kali ini dia didatangi oleh sekumpulan wanita tua. Wanita-wanita itu mahu Kyra mengikuti mereka ke satu tempat. Mereka berkumpul di satu tempat seperti di tepi pantai dan mereka membuat satu bulatan. Kyra dipaksa berdiri di tengah-tengah bulatan. Salah seorang ahli wanita tersebut seperti memanggil-manggil sesuatu. Mulutnya berkata-kata sesuatu seperti membaca perkataan. Tiba-tiba langit menjadi semakin gelap. Kilat sabung menyabung dan air laut berkocak menjadi seperti ombak yang sangat besar. Angin begitu kencang dan wanita tersebut seperti hilang arah terus menjerit-jerit memuja-muja memanggil sesuatu dan Kyra berasa sangat takut lalu cuba menyelamatkan dirinya. Wanita-wanita tersebut semakin mendekatinya dan dia menjerit meminta dilepaskan.

“Tolonglah lepaskan saya. Lepaskan!” Jerit Kyra sambil menangis.

“Kyra. Kyra.” Suara memanggil namanya. Kyra membuka matanya.
“Awak bermimpi lagi?” Asriel bertanya sambil mengejutkan Kyra.
Kyra terjaga dari mimpinya. Dia melihat seorang gadis berpakaian serba hitam berada di depannya. Sekali lagi Kyra menjerit ketakutan “Tidaakkk.”

Monica yang sejak tadi menunggu Kyra bangun dari tidur turut terkejut.
“Kyra. Kyra, saya disini.” Asriel cuba menenangkan keadaannya.
Kyra memeluk Asriel ‘Kenapa dia disini? Dia seperti berada di dalam mimpi saya. Dia ahli sihir. Dia…”

“Kyra, ini Monica. Penghuni di rumah saya ni. Awak jangan risau. Monica kawan awak juga.” Kata Asriel.
Monica menelan air liurnya “Kyra, ini saya. Monica” Monica menghulurkan tangannya. Kyra memandang tangan Monica dan pandangannya terus kepada Asriel seperti menanyakan sesuatu. Asriel melihatnya dan mengangguk –angguk.
Tangan Monica di salamnya. Monica tersenyum gembira.

“Monica, awak temankan Kyra. Saya ke bawah, ambilkan makanan. Mungkin Kyra perlu menyalin pakaiannya.” Arah Asriel. Terkejut Monica dengan perubahan Asriel. “Bertutur dengan sopan? Asriel ke ni?” fikir Monica lagi. “Arghh, tak kisahlah. Mungkin dia terkejut melihat keadaan Kyra kot.” Fikir Monica lagi.

‘Huh. Awak.. awak nak kemana?” Tanya Kyra seperti tidak mahu berpisah lagi dengan Asriel.
“Awak jangan risau. Monica temankan awak. Saya ke bawah sekejap. Ambilkan awak makanan. Awak belum makan lagi kan.” Senyum Asriel.
“Kyra, saya temankan awak yea.” Ucap Monica sambil merapati Kyra di atas katilnya. Kyra memandang Monica dengan perasaan takut. Semakin lama Kyra berasa selesa bersama Monica.

Monica memberi insyarat kepada Asriel supaya bergerak. Asriel mengangguk lalu beredar.

“Kyra, jom. Awak mandi dan salin pakaian yea.” Tutur Monica lembut. Kyra mengikut saja perintah Monica lalu mengikutnya bergerak menuju ke bilik air.

Selepas selesai mandi dan menukar pakaian. Kyra berekat di katilnya.
Monica duduk bersebelahan Kyra di katilnya. Dia melihat kepala Kyra yang berbalut.
“Kyra, kita buka balutan di kepala awak tu. Biar saya cuci, yea.”
Kyra memegang balutan di kepalanya. Monica bangun dan membuka balutan tersebut. “Ermm, dah nak baik ni. Lepas letak ubat semua, esok lusa baik lah.”

Asriel kembali dengan semangkuk bubur panas.
“Ermm, bau pun dah tau sedap ni.” Usik Monica sambil mengambil mangkuk bubur dari tangan Asriel.
“Saya.. saya tak lapar.” Jawab Kyra.
“Kyra, awak perlu makan. Sedap ni.” Pujuk Monica sambil menyuapkan bubur nasi kepada Kyra.
“Saya tak nak. Saya tak berselera.”
Asriel pula memujuk Kyra “Awak perlu makan. Kalau tak nak berjalan pun awak dah tak mampu tau.” Senyum Asriel lagi sambil mencapai mangkuk bubur.
“Saya suapkan. Awak perlu makan walaupun sedikit.” Pujuk Asriel pula.
“Satu sudu, dua sudu, tiga sudu..”
Kyra menggelengkan kepalanya tanda dia tidak mahu makan lagi.
Air minum air perlahan-lahan.
‘Awak berehat dulu yea.” Ucap Asriel.

Monica menarik tangan Asriel lalu bertanya “Apa yang berlaku ni? Kenapa dengan Kyra? I Nampak dia macam orang hilang ingatan saja?”
“Yea. I pun rasa macam tu. Dia tak kenal sesiapapun. “
“Pelik. Setelah 2 – 3 hari dia menghilangkan diri, tiba-tiba dia hilang ingatan?” Tanya Monica lagi.
“Ada yang tak kena ni.” Ucap Monica sambil memandang Kyra dari jauh. Di lihatnya Kyra hanya memandang ke luar tingkap seperti tidak tahu apa yang berlaku langsung.
“Monic. U tunggu Kyra. I nak keluar sekejap.”
“tapi, Kyra..”
“U just tunggu dan jaga dia. Jika betul ada orang yang cuba buat tak tentu pasal, mereka tidak akan dapat mencari Kyra di rumah ni. Mereka tidak akan dapat menjejaki Kyra disini. Dia selamat disini.”
Monica hanya mengangguk-angguk tanda setuju.

Asriel cepat-cepat beredar dari situ. Dia perlu keluar mencari maklumat tentang kejadian yang menimpa Kyra. Dia tahu dia perlu mencari seseorang yang lebih arif tentang kejadian yang berlaku. Secepat kilat Asriel berada di depan sebuah rumah besar yang agak lama. Pintu rumah di ketuknya berkali-kali. Pintu dibuka, kelihatan seorang wanita tua yang berambut putih membuka pintu.
"Kamu? Kamu buat apa disini?" Sergah wanita tua itu.

20 comments:

NAZ said...

wanita tua yang kyra mimpi tadi ke? smbungan please haha

Anonymous said...

bukan kot..naz!

em awk...satu jln citer yg terbaek setakat ini..sng sekali saya mmbcenye lancar!
ting*......^-^

psst aik? hello my frenz why u post secare tetibe ni..arr?

Ard said...

sambung2 hahaa

Kimie Hashim said...

saya baru bacalah bspot..ok saya cuba baca dari episod 1 ya??tggu saya datang..saya komen.. ;)

KIDbrush® said...

huh suspen!! (lap peluh) kyra tido x basuh kaki, tuh la psl mimpi je! huh x habih lg suspen haku!!

bspotgurl said...

Naz - bukan. dua wanita tua yg berbeza lah naz :) nantikan kesinambungannya yea

bspotgurl said...

Uruchimaru@kf - betul tu kf - dua wanita tua yg berbeza.

thanks for the compliments :).
tiba-tiba saya rasa nak post chapter 19 - mimpikah aku.. hahha

bspotgurl said...

ard - tunggu yea for sambungannya

bspotgurl said...

kimie hashim - jangan lupa baca dari mula cerita yea. and komen awak sgt dihargai, wahai pembaca budiman :)

bspotgurl said...

KIDbrush - suspen juga bila awak boleh terfikir yg kyra tido tidak basuh kakinya..hihik... bagus juga daya imaginasi awak ni ;)

CikPuanWanda said...

sian kyra..mimpi bersambung2...so mknanya sila la smbung lagi ye...good luck dear :)

Anonymous said...

perghhhh...bnti spruh jalan...ini tak puas hati ni...hahahha

n@jwamz said...

nice! exciting story...
pas tu..ape jadi??

Nazz@Purple said...

makin menarik..tp nazz dah bnyak tertingal la..

any way ade tag tuk awk..;)

bspotgurl said...

wanda arry - akan disambung tidak lama lagi :)

bspotgurl said...

aisya - sabarlah aisya :)

bspotgurl said...

n@jwamz - kenalah tunggu sambungannya :)

bspotgurl said...

nazz@purple - takpe. U can start from the beginning :)

MamiKechik said...

bila nak sambung ni babe...
ai tak sabar plak nak tunggu the next chapter..

bspotgurl said...

didyrose - sabar yea didy :)