My dearest F.R.I.E.N.D.S

Sunday, July 25, 2010

Truly Gifted - What are you?

Kyra terjaga dari tidurnya apabila dia terdengar seperti ada orang bertekak di luar bilik. Dia bangun perlahan-lahan sambil memegang kepalanya yang masih berbalut. Kyra melihat di cermin, wajahnya putih, lesu dan pucat seperti tiada darah. Perlahan-lahan tangannya mencapai tombol pintu dan dibukanya. Kyra melihat seorang pemuda bersama Miley dan mereka sedang bertengkar. Entah apa yang menyebabkan pergaduhan mereka. Kyra cuba mendengar perbualan mereka namun gagal. Pintu dibuka sedikit luas agar dia dapat mendengar perbualan mereka.

Tiba-tiba pemuda tersebut memandang Kyra. Mata pemuda itu, yea matanya berwarna hitam pekat. Kyra terkejut dan terus menutup pintu. Bunyi bising mula kedengaran di luar. Miley seperti sedang mengamuk sakan dengan pemuda tersebut. Agaknya pergaduhan boyfriend and girlfriend, fikir Kyra. Kyra cuba mendengar lagi, kali ini terdengar seperti kaca berkecai dan satu benda telah terjatuh. Kyra berasa cemas dan dia sangat risau akan keadaan Miley dengan boyfriendnya itu. Kyra membuka pintu sekali lagi dan kali ini Miley tiada disitu.

Alngkah terkejutnya Kyra melihat seekor harimau bintang berwarna hitam sedang berdepan dengan pemuda tersebut. Pemuda tersebut memandang kearahnya seperti terkejut. Dilihatnya harimau bintang itu seperti sudah sedia untuk menerkam pemuda tersebut. Kyra berlari keluar dari bilik dan cuba menyelamatkan pemuda tersebut. Dicapainya sebuah raket tennis dan dia cuba menghalang harimau bintang tersebut dari menerkam pemuda itu. Harimau bintang memandang Kyra sambil mengaum. Kyra tidak mempedulikan tentang kesihatannya lagi. Harimau bintang cuba mendekati pemuda itu namun Kyra dengan beraninya cuba menghalau. Entah mana datangnya keberanian Kyra. Dia tidak lagi memikirkan keselamatannya.

Kyra memandang pemuda tersebut lalu berkata “cepat selamatkan diri awak.”
Pemuda tersebut memegang tangan Kyra “ saya akan berada disini bersama awak.”
“Huh, where is she? My friend. Your girlfriend? Binatang ini dah makan kawan saya ke?” bisik Kyra kepada pemuda tersebut.
“She… she’s disappear.” Jawab pemuda tersebut sambil memandang harimau bintang itu yang sedang mengaum. Harimau tersebut cuba melompat ke atas tangga dan cuba mendekati mereka. Kyra masih memegang raket tennis tersebut dan menghalakan kearah harimau bintang. Dia berjalan ke belakang dan tiba-tiba kakinya tersangkut kepada wayar elektrik dan Kyra terjatuh. Kepalanya sekali lagi terkena kayu tangga. Kyra berasa sangat sakit, pandangan matanya menjadi semakin gelap. Darah mula mengalir dari tempat yang sama di kepalanya. Keadaan menjadi panic.

Pemuda tersebut menarik tangan Kyra, Dalam keadaan pandangannya yang semakin gelap, Kyra memandang muka pemuda tersebut. Dilihatnya mata pemuda tersebut berwarna hitam pekat, kulitnya terasa sangat sejuk. “cepat, kita beredar dari sini.” Kata pemuda itu.
“Awak saja yang pergi. Saya perlu mencari kawan saya.” Jelas Kyra.
“Tiada masa. Selamatkan nyawa kita dulu.” Pemuda tersebut mengangkat tubuh Kyra lalu di bawa pergi dengan pantas. Harimau bintang melompat kebawah sepantas yang boleh lalu menjelma menjadi seorang wanita.

Edward, tinggalkan dia disini.” Teriak Miley.
Edward tersenyum sambil menoleh kea rah Miley dan berkata “dengan apa yang terjadi, U nak I tinggalkan Kyra disini? No way.”
“Don’t you dare.” Balas Miley lagi. Serata dengan itu, Miley sekali kali menukarkan tubuhnya menjadi seekor harimau bintang.
Dengan sepantas kilat Edward berlalu pergi membawa Kyra bersamanya. Miley melompat keluar dan terus menjejaki Edward. Miley berlari selaju yang boleh, dia melompat dari satu rumah ke rumah yang lain sambil menghidu jejak Edward.

Tiba-tiba seekor burung helang berbunyi dan terbang mendekatinya. Miley berkomunikasi dengan burung helang tersebut “Jejak Edward sampai dapat. Kyra dibawa bersamanya.”

Burung helang tersebut seperti memahami bicara komunikasi tersebut dan mula terbang dengan lebih tinggi lagi. Miley berlari dan terus menghidu. Dia berasa sedikit selesa apabila Emily turut bersamanya.

Burung helang tersebut terbang tinggi menjejaki kelibat Edward bersama Kyra. Miley mula risau dengan keadaan Kyra.

Miley menerima isyarat dari burung helang”Mereka akan memasuki DarkWorld.”

“What! Call David dan Bryan sekarang. Ask them to help. Jangan biarkan mereka memasuki hutan tersebut.” Perintah Miley.

Burung helang tersebut seakan faham dengan perintah Miley. Ia terbang kebawah sambil menghantar insyarat kepada kawan-kawannya.

Edwrad berlari dengan laju dan dia tahu harimau bintang tersebut semakin jauh dari mereka. Edward berhenti berlari apabila dia memasuki satu kawasan perhutanan. Dia memasuki senuah rumah besar yang terletak di tengah-tengah hutan tersebut. Dia melihat Kyra yang belum sedar dari pengsannya. Tubuh Kyra di letakkannya di atas katil di biliknya. Edward melihat darah Kyra. Dia semakin tidak dapat mengawal dirinya. Edward memejamkan matanya dan bergerak ke bilik air. Di basuh mukanya berkali-kali, dia melihat wajahnya di cermin – tidak ubah seperti puntianak yang dahagakan darah manusia. Matanya menjadi hitam pekat dan mulutnya mula menampakkan gigi siungnya. Edward menggenggam tangannya kuat-kuat lalu dia menumbuk cermin tersebut. Cermin bilik airnya pecah.

Kyra tersedar dari pengsan dan terdengar bunyi kaca pecah dari dalam bilik air. Dia bingkas bangun dan menuju ke bilik air.
Sekali lagi Kyra terkejut melihat pemuda tersebut dengan keadaan dirinya. Kyra menjadi terlalu takut dan menjerit sekuat hatinya. Dia berlari menuju ke bawah melalui anak tangga. Dia berlari sekuat hatinya.

Edward yang menyedari dengan kejadian itu turut mengejar Kyra. Kyra berlari dan membuka pintu lalu keluar dari rumah tersebut. Dia tidak tahu kemana arah tujuannya namun dia hanya tahu yang dia perlu menyelamatkan dirinya dari pemuda tersebut. Dia berlari sepantas yang boleh.

Edward mengejar Kyra dan apabila ia mula menjejaki Kyra, tiba-tiba dia terpaksa berhadapan dengan seekor serigala yang turut menjejaki Edward. Edward terpaksa berlawan dengan serigala tersebut. Kedua-dua serigala dan puntianak berlawan dengan kekuatan masing-masing. Sedang mereka berlawan, datang pula seekor lagi harimau bintang, burung helang dan juga seekor harimau belang. Edward melihat mereka semua semakin menghampirinya dan dia perlu menyelamatkan dirinya. Dia tidak akan berlawan dengan mereka semua sedangkan dia keseorangan. Edward mencari peluang untuk menyelamatkan dirinya. Dia melompat ke atas dahan dan berlari sepantas yang boleh.

Harimau belang ingin mengejarnya namun telah dihalang oleh Emily. “Cukup. Kita perlu cari Kyra.”

Kyra berlari melalui hutan yang gelap itu tanpa tahu kemana arah tujuannya. Dia berlari dan berlari sehingga keluar dari hutan tersebut menuju ke jalan raya. Keadaan yang gelap membuatkan Kyra tidak tahu kemana arah yang perlu diia pergi. Dia berlari di sepanjang jalan tersebut. Dia berlari sambil menangis. Dia berasa tertekan dengan apa yang berlaku pada hari ini. Dengan kehilangan kawannya, Miley. Dia telah berdepan dengan seekor binatang yang ganas dan pemuda yang baru dikenalinya itu pula telah bertukar rupa. Apakah lelaki itu yang membunuh Miley, fikir Kyra lagi. Dia cuba membayangkan kembali apa yang dilihatnya tadi. Rupa pemuda tersebut sungguh menakutkannya.

Kyra masih berlari dan berlari. Kini kakinya mula terasa sakit dan tidak bermaya. Langkahnya semakin perlahan dan Kyra semakin lemah dan dia tidak berdaya lagi. Kyra jatuh terduduk. Kakinya sangat sakit. Dia perlukan air buat masa ini. Air.. dimana air, fikirnya lagi. Matanya berpinar-pinar memandang seperti ada satu cahaya di hadapannya. Cahaya apakah itu? Adakah aku akan mati? Adakah ini cahayanya yang menandakan masa aku sudah tiba.. aku perlu meninggalkan semua ini. Kelihatan cahaya itu semakin menghampirinya, semakin dekat dan dekat lagi. Kyra rebah, tubuhnya jatuh ke dada jalan raya yang gelap gelita. Cahaya itu semakin terang dimatanya dan Kyra sudah pergi jauh.

7 comments:

naz said...

semakin banyak watak yaw :) kuasa mereka harus di olah sedikit. apa pun i sendiri tak boleh menulis begini :)

bspotgurl said...

Naz - ohh, perlu diolah ke kuasa mereka tu?

wanda arry said...

semua kwan2 kyra dri alam lain eh??? good job

Uruchimaru @ kf said...

sampai part yg ini saya dh mcm blurr sikit !

bspotgurl said...

wanda arry - bukan dari alam lain. nak tahu kisah seterusnya, kenalah rajin follow my cerpen :)

bspotgurl said...

Uruchimary @ KF - ohh, encik KF, dah lama tak datang ke blog saya. Anyway, kenape awak blur pulak?

Ronaldo drogba said...

ROku is one of the most familiar services for know more about the Roku click the following link
Roku.com/link