My dearest F.R.I.E.N.D.S

Monday, July 5, 2010

Truly Gifted - Weird things

Sambil termenung Kyra berfikir tentang kejadian yang berlaku tadi. Sungguh pelik! Apakah bunyi tapak kasut itu adalah kepunyaan Edward? Jika Ya, bagaimana Edward menjejakinya sedangkan Edward tidak tahu dimana lokasi Kyra.
Kyra mula baring setelah penat duduk. Di capai handsetnya. Dia membelek-belek nombor telefon. Fikiran Kyra terus-terusan melayang kepada Edward dan kejadian hari ini.
Tiba-tiba handset Kyra berbunyi – Edward calling.

“Hi, sweetheart. Belum tidur lagi?” Suara macho Edward di hujung talian.
“Erm.” Dari Kyra.
“Kyra, are you ok?” Tanya Edward lagi.
“Yea, I’m fine. Kenapa?”
“I risaukan U. I nak hantar U terus ke rumah, U tak kasi. Salahke I?” Edward dengan nada merajuknya.
“It’s okay. U dah selamatkan I pun dah cukup bagus. Thanks, Edward. I really appreciate that.” Terang Kyra.
“I selamatkan U? Apa yang berlaku sebenarnya?”
Kyra menarik nafas dalam-dalam “ Ermm, macam mana U tahu I berada di sana yea?”
Tiada jawapan dari Edward.

“Edward, please tell me.” Rayu Kyra.
Talian di tutup.
“Hello..Hello.. Edward!
“Whattttt!!! He can’t just hang-out like that!” marah Kyra. Dia berasa sangat marah. Handset ditangannya dibuang ke atas katil. Kyra bangun dari katilnya dan menuju ke balcony.

Angin sejuk malam merasai tubuhnya. Kyra memandang luar, cahaya bulan menerangi kegelapan malam. Air mata Kyra laju saja mengalir membasahi pipi gebunya. Entah kenapa, dia berasa sedih. Saat ini, dia terasa ingin berbual dengan seseorang, Kyra rindukan ibunya, rindukan bapanya.

Kyra masuk semula ke biliknya.
Pintu balcony ditutup, namun kali ini hati Kyra berdegup dengan kencangnya apabila dia mendapati ada satu lembaga berada di depannya.



Terkejut Kyra apabila mendapati Edward sedang berada di luar balcony. Muka terkejut Kyra kelihatan begitu pucat.
Edward membuka pintu balcony perlahan-lahan. Kyra hanya memandang Edward seperti terpaku.
Kyra menangis sekuat hatinya. Edward menjadi kelam kabut dengan keadaan itu lalu di peluknya Kyra.
Mereka memasuki bilik Kyra. Edward memandang Kyra, satu perasaan yang di rasainya namun dia tidak pasti apakah perasaan itu. Apa yang dia tahu, he do care about her. Mereka berdua duduk di atas katil.
Kyra berhenti menangis, dipandangnya muka Edward lalu bertanya “What are you?”
Edward masih diam tertunduk memandang ke lantai.
“Edward, I semakin bingung dengan semua ini. Can U just tell me. Just tell me the truth.”
“I know there is something going on, right? Kenapa U selalu ponteng kelas? Bagaimana U boleh tahu I dimana tadi? Dan kenapa tiba-tiba you boleh berada di sini sedangkan U..’ kata-kata Kyra mati disitu apabila jari Edward menyentuh bibirnya. Perlahan-lahan jari jemari itu merapati wajah Kyra, dibelai-belainya rambut Kyra lembut lalu dipeluknya Kyra sekali lagi sambil berbisik “Kyra, I need to go.” Lalu Edward berjalan keluar menuju ke Balcony.
‘Wait! U can’t just simply came in & go just like that.”
“I have to, sweetheart.” Balas Edward lalu melompat dari balcony.
“Edward, wait.”
Kyra berlari ke balcony, tiada siapa disitu even di bawah sana. Dia berfikir lagi. Adakah aku sedang bermimpi?

Keesokan harinya, semasa di BSUC. Semua pelajar kelas Mrs Lambert sangat gembira apabila kelas itu dibatalkan kerana Mrs Lambert tidak hadir – Emergency Leave. Berita gembira bagi pelajar Mrs Lambert yang ditampalkan di Announcement Board itu benar-benar membuatkan ramai pelajar yang teruja.

Bryan yang dari tadi sangat teruja dengan berita itu sempat berseloroh “This is cool. Bolehlah kita buat our own activity”.
Kyra memandang satu persatu pelajar yang ada di sana. Entah siapa yang dicarinya. Ziela sudah berada dikelasnya. Kesian Ziela, perlu ke kelas.
Kelihatan Miley & Emily datang bersama berjalan menuju ke tempat mereka.
“Eh, I dengar Kelas kita dibatalkan yea?” Tanya Emily lalu duduk bersebelahan dengan Kyra.
“Yea, cikgu kesayangan tak dapat datang. Emergency leave gitu.” Jawab David sambil ketawa bersama Bryan. Kyra hanya tersenyum kosong.
“Babe, U ok ke? Maaf pasal semalam tu, Miley ni tak sihat.” Emily cuba bersuara apabila melihat Kyra yang dari tadi hanya terdiam.
“Its, ok.” Senyum Kyra.

Kyra, lepas ni ikut kitorang yea?” giliran Miley pula bersuara.
Kyra memandang Miley secara serius “ where to?”
“Alah, kita gi shopping la.” Pintas Emily.
“I.. I ada kerja lain yang nak di buat. Next time, boleh?” Kyra cuba menolak perlawaaan mereka berdua.
“Babe, Kenapa ni? Today kan takde kelas. Relaxlah.” Emily cuba memujuk lagi.
“Girls, jom. Blah dulu ok.” Bryan dan David mula mengatur langkah bergerak.
Kini hanya tinggal mereka bertiga disitu.
Emily berbisik perlahan “ Kyra, kami berdua tidak suka U berkawan dengan Edward.”
“What? Why?” Tanya Kyra terkejut.
“Don’t ask. Just don’t do that.” Balas Emily lagi.
“ I don’t understand. But why?” Kyra bingung.
“Kyra, just don’t. I tak nak apa-apa berlaku pada u.” kini giliran Miley pula bersuara.
“I..I..” kata-kata Kyra terhenti disitu apabila seorang pelajar perempuan memberinya sekeping kertas dan berlalu pergi.

Kyra membaca tulisan yang tertera di kertas tersebut – Dear Kyra. Jumpa di Bangunan St. Michael.

4 comments:

Anonymous said...

misterix2.......^-^

Dee said...

sis..i kena baca dr mulalah..tp ada improvement sket..nti i cari masa ye..then baru leh komen..

bspotgurl said...

Uruchimaru @ kf - yeaaa mystery gitu

bspotgurl said...

Dee - yes please...