My dearest F.R.I.E.N.D.S

Monday, July 5, 2010

Truly Gifted - Aware

Masa di kantin, si Emily sempat berbisik kepada Kyra “kita jumpa di bangunan Seni at 6.00pm. Without Ziela.” Emily sempat lagi mengenyitkan matanya. Kyra mengangguk-angguk tanda faham.

Tetapi tanpa Ziela? Sudah tentu sukar. Bukankah si Ziela ini selalu saja mengekorinya walau kemana saja. Excuse apa pulak yang perlu Kyra beri. Bukan apa, Kyra tidak mahu menyakiti hati Ziela walaupun kadang Kyra fikir yang Ziela ni kadang-kadang macam tiada hati dan kadang seperti tiada perasaan pun ada.

“Idea.. idea.” Fikir Kyra berkali-kali. Jari jemarinya bergerak-gerak sambil otaknya berfikir.

Idea sudah datang. Seperti satu mentol lampu yang bercahaya di minda Kyra dan Kyra pun memulakan sesi bicaranya dengan Ziela “Babe, Edward nak jumpa I lepas ni. So U balik dululah. Nanti I call u.” Seringkas dan selaju yang boleh bicara Kyra buat temannya.
Ziela terdiam. “Aik, main jumpa-jumpa lepas kelas ni, apa kes?” ketawa Ziela.
Dari air muka Ziela yang sentiasa happy itu, Kyra dapat baca Ziela seperti setuju.
“But korang nak date kat mana ni?” Tanya Ziela ingin tahu.
“Err… tak tahu lagi. Tapi I akan jumpa dia somewhere kat bangunan Seni tu.” Kyra seperti sedikit gugup.
“Bangunan Seni? Jalan kat sana hati-hati sikit, babe. After kelas, rasanya takde orang sangat kat situ tau. Ishk ape kes yang dia gi pilih kat bangunan tu. Budak Seni ke si mamat ni? Why don’t I gi teman u. If anything I kan ada.” Ziela beriya-riya pulak nak temankan Kyra.

Otak Kyra cepat-cepat berfikir lagi.
“It’s okay. I dah besar lah. U ni. Lagipun Edward kan ada.”
“Ermm… Edward memanglah ada tapi boleh percaya ke kat mamat tu?”
“Ziela…” Kyra berpura-pura seperti marah.
“Ok ok.. tapi u mesti berhati-hati ok. If anything, cepat-cepat call I tau.” Pesan Ziela.

Fuh, selamat! Kyra hanya berharap Edward tidak akan muncul di mana-mana di hadapan Ziela. Jika tidak segala rancangannya tidak akan menjadi. Lagipun, again hari ini Edward tidak hadir ke kelas. Edward hilang lagi. Entah kenapa Edward asyik ponteng kelas. Kyra ada juga terfikir untuk menelefon Edward tetapi dia tidak pernah mengambil number telefon jejaka itu. Salah Kyra juga kerana tidak mahu mengambil nombor handset Edward. Hanya Edward saja yang ada nombor handset Kyra. So, nak buat macam mana? Hanya menunggu panggilan dari Edward sajalah.

Kyra memasuki satu selekoh bangunan. Suasana agak sunyi. Mungkin kerana tidak ramai pelajar yang ada. Kelibat pelajar yang ada pun boleh dikira dengan jari. Bangunan Seni yang terletak di akhir bangunan itu kelihatan agak spooky. Kelas-kelas drama, tarian dan segala aktiviti seni semuanya berada di bangunan itu. Apa yang Kyra tahu ada 2 buah pentas drama yang besar di situ. Boleh dikatakan kebanyakan pelajar Seni mempunyai karektor yang sedikit pelik. Mungkin belajar seni lah katakan, sifat seni itu kadang-kadang susah nak difahami.

Kyra sudahpun melalui sebuah bilik pameran yang besar dimana tersimpannya hasil-hadil kreativiti pelajar Seni BSUC. Agak menyeramkan juga bila keadaan di bilik itu agak suram. Kyra cuba menenangkan hatinya. Kalaulah Ziela ada, tentu perasaan takut itu hilang dengan celoteh Ziela.

Tiba-tiba handset Kyra berbunyi dengan nada deringan lagu Baby by Justin Bieber. Di renung nombor yang tertera di skrin handsetnya. Nombor tidak dikenali. Siapa pulak ni?

“Hello.” Suara lembut Kyra.
“Hi,” kedengaran suara lelaki di hujung talian.
“Yes. ” Kyra cuba meneka siapa empunya suara tersebut.
“Kyra. It’s me Edward.” Suara itu seperti terketar-ketar intonasinya.
“Edward. Where have you been?” Tanya Kyra.
“Not important. U kat mana? Tanya Edward tanpa menjawab soalan Kyra.
“Oh, its not important yea? Well, It is not important too I kat mana. Come on Edward, kenapa tak datang ke kelas?” soal Kyra lagi.
“I, err..I ada hal skit. Tapi U kat mana ni?”
“Ada hal? What is so important sampai ponteng kelas?” Kyra mengasak soalan demi soalan. Perasaan takutnya sudah hilang entah kemana. Fokusnya kini kepada Edward.Kyra hanya ingin tahu kemana hilangnya Edward dan kenapa selalu saja ponteng kelas.

Edward terdiam di talian. Kyra tidak berpuas hati dan terus bertanya lagi “Awak kemana sebenarnya?”
“Kyra, nanti I explain ok. U kat mana? Can I see you now?” balas Edward.
“See me? Right now? Err, I .. I ada kat luar ni. Esok saja kita jumpa di kelas. Make sure awak datang, ok.”
“No, I nak jumpa u sekarang. U kat mana, I gi ambik U.”
“No need. I kat luar. I can’t see u now.” Kyra cuba mencari alasan.

Handset Kyra menunjukkan - another incoming call. Call dari Emily.
“Edward, I need to.. .” Belum sempat Kyra menghabiskan ayatnya,
Edward mencelah “Kyra, u tunggu di sana, I datang ambil U sekarang.” Talian di tutup. Kyra seperti terpinga-pinga. Cepat-cepat Kyra menghubungi Emily semula.

“Hello Emily. I dah ada di bangunan Seni. Where are you?”
“Kyra, change plan. Kita jumpa di lain hari saja. Miley tidak sihat.”
“What?! But I.. and how come Miley..ok..ok “ Kyra seperti bingung.

Kyra terduduk di kerusi. Dia memandang di sekeliling bilik tersebut, terlalu suram dan tidak menyenangkan. ‘Where am I? bisiknya. Entah kenapa dia boleh berada di bilik itu. Agaknya Kyra tidak sedar dia telah memasuki bilik tersebut semasa berbual-bual dengan Edward melalui telefon. Kyra melihat patung-patung yang berada di bilik tersebut. Patung dengan pelbagai wajah dan bentuk. Menyeramkan. Dengan cahaya yang suram, Kyra berjalan perlahan-lahan mencari pintu keluar. Tombol pintu cuba dibukanya namun gagal. Dipusing berkali-kali tombol pintu tersebut.

Sedang Kyra cuba membuka pintu, dia terdengar bunyi tapak kasut seseorang di luar bilik tersebut.
“Siapa di luar? Boleh tolong saya bukakan pintu ni?” jerit Kyra. Tiada jawapan.
Jam di tangannya menunjukkan tepat pukul 8.00 malam. Cepat sungguh masa berlalu.

Bunyi tapak kasut tersebut kedengaran lagi kemudian berhenti. Sekali lagi Kyra meminta tolong. Tiada jawapan dari luar bilik. Keadaan sunyi seperti tiada sesiapa yang pernah berlalu disitu.

Kyra mendiamkan dirinya. Dia mula berfikir adakah benar apa yang didengarinya tadi. Dia mula berpeluh, perasaan takutnya sudah mula menyerang. Kyra cuba menenangkan hatinya. Dia menutup matanya dan mula berfikir sambil mencuba sekali lagi membuka tombol pintu tersebut.

“Fokus Kyra, focus.” Ada satu suara yang menyuruhnya berbuat demikian.
Dipusingnya berkali-kali dan akhirnya Kyra Berjaya membuka. Pintu bilik dibuka, tiada sesiapa pun di situ. Kyra keluar dan berlari selaju yang boleh tanpa berpaling ke belakang. Bunyi tapak kasut kedengaran lagi.

Semakin laju Kyra berlari, semakin dekat kedengaran bunyi tapak kasut tersebut. Kyra hanya berlari dan berlari sehingga tiba-tiba terasa tubuhnya di tarik oleh seseorang.
Kyra menjerit ketakutan. Dipejam matanya.
"Kyra, are you ok?"
"Itu suara Edward". Kyra membuka perlahan-lahan matanya. "Edward, awak rupanya."
Kerana terlalu terkejut, dipeluknya Edward sekuat-kuat yang boleh. Hati Kyra berdebar-debar. Edward membalas pelukan Kyra " Kenapa, Kyra?"
Kyra tersedar dan berasa malu lalu dilepaskan pelukannya.
Kyra memandang tepat ke mata Edward sambil berkata "Thank you so much for saving me."
Edward tersenyum. "I tak buat apa-apapun. Jom, saya bawa awak balik."
Mereka berdua berjalan menghampiri kawasan parking, sekali lagi Kyra nampak kereta sport Porche warna biru kegemarannya ada parking di situ. Fikirnya " Edward's car?"
Memang tepat sekali, kereta sport itu milik Edward. Same taste! Edward membuka pintu kereta. Kyra hanya mengangguk dan masuk saja.
Tiba-tiba Kyra berasa pelik. "Wait. Macam mana u tahu I kat sana? I rasa weird"
-
-
sambung lagi

4 comments:

Anonymous said...

adeh..potong betullah..!

bspotgurl said...

suspenn

bspotgurl said...

suspen

Unknown said...

ehem..eh x sambung lagi ke? ke Xder idea? hehe..opss