My dearest F.R.I.E.N.D.S

Tuesday, June 29, 2010

Truly Gifted - Bermalam dirumah Kyra

Harini Ziela bermalam di rumah Kyra lagi.
Sambil lepak atas katil, “Babe, I nak tanya u ni.” Siapa lagi kalau bukan si Ziela.
“Tanya je.”
“Apa kes u dengan si mamat semeja tu? Dah sehati sejiwa ye?” Ziela mula bertanya sambil memandang Kyra yang sedang menonton TV. Kyra menoleh ke arah Ziela yang tertunggu-tunggu jawapan dari Ziela. Kyra masih mendiamkan diri lalu berkata “ U ni Ziela.” Kyra kembali menonton TV. Tidak dilayannya soalan Ziela. Ziela tidak puas hati. Cepat-cepat Ziela turun dari katil menghampiri kawannya.
“Babe, u janganlah nak secret dengan I. Semua orang dah Nampak tau haritu. Alah, masa kat kantin tu”. Terang Ziela.
“Takde papelah Ziela. Edward kan kawan semeja I. Lagipun on that day tu, I just temankan dia makan je. Nothing else.” Jawab Kyra.

Pintu bilik Kyra di ketuk. Sumi masuk membawa minuman dan banana muffin.
“Airnya, Cik Kyra, Cik Ziela.” Sumi menghulurkan 2 gelas Fresh Orange juice.
“Thanks Sumi. Letakkan saja disitu.” arah Kyra.
“Sumi, rajin kamu buat muffin. Muffin apa tu?” Tanya Ziela kelaparan.
“Ini saya buatkan muffin pisang. Rasalah.” Jelas Sumi.
“Eermm, sedapnya.” Ziela makan sedikit demi sedikit muffin tersebut. Matanya masih tertumpu kepada Kyra.
Sumi meminta izin lalu beredar dari situ.
Ziela cuba mengalih perhatian Kyra dari menonton TV – channel 411.
Babe, I nak tanya u lagi ni. That day, masa perkhemahan kita tu. Actually apa yang berlaku?”
Kyra masih diam. Channel 411 yang menyiarkan cerita Bed Time Story lebih menarik minatnya dari menjawab soalan Ziela. Sesekali terdengar Kyra ketawa.
“Babe, u patut tengok citer ni.”
“Kyra, I tanya u ni.”
“Yer, yer. “ Kyra memandang Ziela. “Entahlah Ziela. Maybe I just penat sangat malam tu sebab tu I fakir yang bukan-bukan.” Terang Kyra walaupun pada hakikatnya dia tidak dapat melupakan kejadian malam perkhemahan mereka itu. Mereka hanya bermalam satu malam sahaja dan keesokan harinya, pagi-pagi lagi Miley mengarahkan mereka semua packing dan beredar dari situ.
Kyra tahu apa yang berlaku pada malam itu, bukannya satu ilusi tapi ia benar-benar berlaku kepadanya.

Selepas kejadian itu, kadang-kadang Kyra terasa seperti ada mata-mata yang sedang melihatnya. Ada ketika Kyra merasakan yang harimau bintang berwarna hitam pekat itu selalu mengekorinya.

“Ziela.” Kyra memegang jari jemari Ziela. Ada sesuatu perkara yang ingin di beritahunya namun lidahnya tersekat. Ziela menunggu dengan penuh sabar. Tiada cerita yang keluar dari mulut Kyra. Kyra hanya tertunduk dan Ziela memeluknya “Its ok, Kyra. I tahu ada sesuatu yang berlaku. Maybe U belum bersedia nak bagitahu I. U janji tau, u mesti bagitau I once u dah ready.”
Kyra hanya mengangguk-angguk tanda setuju.

Pintu balcony belum ditutup. Kyra bingkas bangun ke luar balcony. Dia memandang jauh ke dalam hutan, tiada sebarang cahaya, keadaan hutan yang gelap pekat. Di pandangnya sekeliling hutan tersebut, tiba-tiba Kyra ternampak seekor harimau bintang yang keluar dari hutan itu. Terasa badannya menggigil apabila Harimau tersebut memandangnya. Kyra terpaku, seperti terpukau dengan haiwan tersebut, dengan tiba-tiba Kyra telah melompat be bawah dari balcony biliknya dan terus berlari ke arah haiwan tersebut.

Ziela yang sedang asyik menonton cerita Bed Time Stories terkejut dengan tingkah-laku Kyra. Ziela sempat menjerit nama Kyra apabila dia melihat kawannya itu telah cuba membunuh diri. Itu apa yang difikirnya. Reaksi Kyra terjun dari balcony bilik benar-benar membuatkan Ziela kelam kabut. Sepantas kilat Ziela bangun dan berlari ke balcony. Dia menangis sekuat hatinya. Ziela tidak tahu mengapa kawan baiknya itu membunuh diri. Baru saja mereka berbual-bual. Kalau disebabkan oleh pertanyaan itulah, Kyra telah bunuh diri. Ziela akan berasa bersalah seumur hidupnya. Ziela memandang ke bawah, tubuh Kyra dicari, tiada disitu. Ziela melihat Kyra berlari jauh ke arah hutan. Dijeritnya nama Kyra berulang-kali namun tiada reaksi dari Kyra. Cepat-cepat Ziela berlari menuju ke pintu bilik. Ziela fikir dia perlu mengikut Kyra sebelum kawannya itu memasuki hutan yang gelap. Sempat lagi Ziela membelek jam ditangannya – 5 minit lagi pukul 12.00 malam. “Ohh tidak” fikirnya.

Laju saja Kyra berlari. Ziela mengekorinya dari belakang. Tercungap-cungap Ziela menahan penat. Dah agak lama dia tidak berlari sepantas itu. Dengan berbaju tidur, mereka berlari seperti jaguh marathon. Kyra sudah hampir ke kawasan hutan. Ziela Nampak Kyra berhenti, mungkin kerana hutan itu berada di sebelah sana dimana besi-besi pagar menjadi penghalang Kyra untuk memasuki hutan simpanan tersebut.
“Nasib baik.” Fakir Ziela lagi. Dia meneruskan larinya. Kasut yang berwajah Garfield sudah hampir kotor keseluruhannya kerana dikotori rumpur dan dibasahi embun malam. Dia mendapatlan Kyra yang layu terduduk. “Kyra.” Jeritnya.

Seperti bangun dari tidur or maybe Kyra berkhayal, keadaan Kyra seperti dia tidak tahu menahu tentang apa yang telah berlaku. Tanpa bercakap panjang, Ziela mengajak Kyra pulang ke rumah. Kyra hanya mengikuti cakap Ziela. Tubuhnya menjadi lemah. Agaknya sebab berlari ala-ala marathon tadi. Bukan setakat Kyra, malah Ziela juga turut merasa penat yang amat sangat. Sudahlah tak warm-up apa-apa, tiba-tiba terus lari pecut macam tu.

Di dalam rumah, Kyra berehat di sofa. Kelihatan Sumi dan dua orang lagi orang gaji granny Selena yang sejak dari tadi panic dengan apa yang berlaku. Mereka berdiri mengelilingi Kyra. Sumi sempat memicit-micit badan Kyra. Entah apa yang difikirkan oleh Sumi. Kyra mengajak Ziela naik ke biliknya. Dia tidak mereka berbincang disitu. Apa yang berlaku sebentar tadi telah mengejutkan semua orang. Nasib baik granny Selena tiada di rumah. Jika tidak tentu banyak perkara yang perlu di jelaskan kepada orang tua itu.
Sebelum naik ke bilik, Kyra sempat berpesan kepada Sumi bahawa tiada apa yang berlaku sebentar tadi. Dia mengingatkan Sumi agar jangan bercakap tentang perkara itu di depan granny Selena. Ke tiga-tiga orang gaji tersebut tidak dibenarkan membuka mulut atau berbicara tentang perkara tersebut. Mereka bertiga hanya mengangguk faham. Entah faham atau tidak, Ziela pun tak tahu tapi yang pastinya mereka tidak berani membuka mulut langsung.

Kyra baring di katilnya. Badannya berpeluh.
Entah apa yang berlaku kepadanya. Sejak akhir-akhir ini, banyak perkara pelik yang telahpun berlaku ke atas dirinya. Ziela memandang Kyra penuh tanda Tanya. Banyak perkara yang ingin ditanya Ziela namun dia tidak berani. Dia tidak mahu kehilangan kawan baiknya itu “maybe sebab aku banyak bertanya. Agaknya Kyra pening dengan soalan-soalan bodoh aku, tak? Ataupun, Kyra ada masalah lain – seperti bergaduh dengan boyfriend? Noo, tak mungkin. Kyra baru saja berkawan dengan Edward kan. Tapii Edward tu boyfriend Kyra ke? Takpun masalah kewangan? Ishkk, tak kanlah masalah kewangan pulak, mereka kan kaya. Adoiii, apa yang aku dok merepek ni?! Ziela..Ziela..” Ziela mula berfikir itu dan ini. Macam-macam yang bermain di kepalanya.

“Ziela.” Tiba-tiba Kyra bersuara. Dipandangnya Ziela.
“Babe, u takyah cakap pape. I yang bersalah. I yang gatal mulut sangat nak tanya u itu ini. I’m so sorry. U janganlah tertekan dengan soalan I tu.” Ucap Ziela dengan rasa bersalahnya.
Kyra tersenyum tawar.
“It is not that.” Balas Kyra. “Look, I rasa ada sesuatu yang akan berlaku or sedang berlaku.” Seperti sudah sihat Kyra bangun dan duduk di atas katilnya.
“Huh!” Ziela turut duduk di sebelah Kyra menunjukkan minat.

“Betul ni. I tahu apa yang berlaku kat I, semuanya betul. I dapat rasakan ia betul. You see, Ziela. I nampak harimau bintang, bukan sekali, bukan dua kali tapi banyak kali tau. Haritu kat perkhemahan kita, I dapat rasa sesuatu di atas pokok seperti ada mata yang sedang memandang I dari jauh tiba-tiba I ternampak harimau bintang ni.” Ucap Kyra bersungguh sungguh. Ziela di sebelahnya mendengar dengan penuh khusyuk.
Tambah Kyra “ I do not know kalau u tak percayakan cerita I ni, Ziela tapi I tau apa yang I Nampak. Masa khemah tu kan, time Miley bercerita. I nampak semuanya, api yang membara, air di tasik tu bergelora seakan-akan ombak besar yang ingin menelan kita semua. Keadaan awan dan angin yang I rasa pelik sangat. Apa yang I tak fahamnya, kenapa kita semua perlu menutup mata dan berpegangan tangan? Ia hanya sebuah cerita kosong or cerita lama ataupun apa?”
“kejap-kejap. Masa Miley dok citer tu, u buka mata ke?” Tanya Ziela.
“Entahlah, tapi I nampak semuanya. Dan I tau it’s real. Sejak dari hari itu, I selalu Nampak baying-bayang or haiwan ni selalu mengekori kemana I pergi. ”
“Ziela, I need to find out all this. Would u help me?”
Ziela mengangguk serius. Dia seperti mahu percayakan cerita Kyra tapi hatinya masih ragu-ragu. Selama dia mengenali Kyra, belum pernah kawan baikny aitu menipu dia. Walau apapun, Ziela tetap akan menolong Kyra.

“Agaknya, u ni ada kuasa tak, babe?” gurau Ziela sambil ketawa.
“Jangan nak mereka-cerita. Dah, gi salin baju dan tidur. I pun nak pergi salin baju ni. I can’t sleep with this and don’t u dare tidur dengan baju tu jugak.” Ucap Kyra sambil menunjukkan baju tidurnya yang basah dan kotor.
-
-
-
-
dah..dah.. gi sambung kerja dulu :)
-
-
nanti I buat sambungannya ek

6 comments:

NAZ said...

lebih kurang ilusi lah ni kelebihan nya? atau panjang lagi olahan kuasa nya hahaha

bspotgurl said...

Banyak benda lagi yang I nak citer, it just belum ada time nak menaip. Dahler harini kena flu pulak.. ishk ishk..

Aida Azryn said...

cerita bdasarkan novel kah?look best cerita ni.. ;)

bspotgurl said...

AidaAzryn - base on my imagination

Nazz@Purple said...

menarik..dah ala2 fiksyen sains lak..

Anonymous said...

baru berkesempatan nk bce !

jln citer smkin menarik..go ahead..

cerpen kite tu under pending..!!!