My dearest F.R.I.E.N.D.S

Friday, June 25, 2010

Truly Gifted - Tribute to MJ

Dari jauh kelihatan banner di gantungkan di seluruh kawasan BSUC. Giant banner yang di penuhi dengan warna warni dan gambar-gambar Michael Jackson. Sepanjang perjalanan Kyra ke kelas, dia melayan dirinya dengan mengamati lagu-lagu yang dimainkan oleh DJ Radio BSUC. Sesekali kedengaran celoteh DJ Ryan menemu-bual pelajar undangan yang dipanggil menemaninya di kaunter Radio BSUC secara live. Rupa-rupanyanya bermula dari hari ini hingga ke 26hb June, BSUC akan membuat special tribute kepada King of Pop – Michael Jackson. Apa yang Kyra faham dari DJ Ryan adalah, semua pelajar boleh menulis nota tribute kepada MJ dan nota-nota tersebut boleh di kirim melalui SMS ataupun email.

“Ermm, interesting.” Walaupun Kyra tidak dilahirkan semasa zaman kegemilangan Michael Jackson namun kesemua CD lagu-lagu hits milik penyanyi itu ada disimpannya. Lagu kegemaran Kyra seperti Your are not Alone, Thriller, I just cant stop loving you, Billie Jean dan banyak lagi. Berita tentang kematian MJ pada tahun lepas benar-benar mengejutkan satu dunia. Ramai yang meratapi pemergian penyanyi kesayangan mereka itu. Kyra berasa bangga dengan BSUC yang sanggup menyertai special tribute for MJ.

“Beb!” suara Ziela, siapa lagi.
Kyra tersenyum sambil melambai-lambai tangannya ke arah Ziela.
Ziela datang dan terus dipeluknya Kyra seperti sudah setahun mereka tidak berjumpa.
“Beb, u ok ke?” Tanya Ziela
“Yea, as always.” Senyum Kyra.
“Eh, u ada dengar tak pasal tribute to MJ ni? Wah, I peminat no 1 MJ tau.”
“Dengar tadi, masa our DJ Ryan on air. Tak sangka kan dah 1 year.” Balas Kyra.
“Tulah, lunch nanti I nak join gak dengan SMS dorang. Ermm, what shall I say yea?”
“Anything yang click in your mind. U type je.”
Ziela mengangguk-angguk sambil berjalan mengiringi Kyra. Sampai di satu selekoh mereka berpisah ke kelas masing-masing.
“Jumpa di kantin nanti.” Pesan Ziela.

Kyra masuk ke kelasnya.
Kyra melihat Edward Xavier berada di tempat duduknya.
“kenapa pulak mamat ni duduk di tempat aku?” Kyra menggigit bibirnya geram. Kyra menarik nafas panjang lalu duduk disebelah Edward.
Edward menoleh lalu tersenyum. Wajah kacak Edward terserlah dengan senyuman di bibirnya. Matanya yang berwarna coklat bersinar-sinar seperti cahaya. Kyra tidak membalas dengan senyuman, dia hanya diam membisu. Kyra tahu Edward memandangnya lagi namun dibuatnya tidak tahu saja.
“Err, awak Kyra Mikhael Stanley kan? Maaf, kita belum begitu berkenalan lagi. Saya Edward Xavier.” Senyum Edward. Kali ini Kyra memandang tepat-tepat ke anak mata Edward. Hatinya tertarik.
Kyra tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Dia tersenyum kembali.
“Can I call u, Kyra.”
“Yes, please.”
“Awak bukan berasal dari sini, kan?”
Kyra masih tersenyum. Pelik betul dengan mamat ni. Tiba-tiba jadi peramah setelah menghilangkan diri selama seminggu.

“Awak tahu Kyra, awak mempunyai sepasang mata yang menarik.” Puji Edward.
“Really? Thank you.” Balas Kyra.
Mereka bertentang mata. Kyra cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke meja sambil ketawa kecil. Dia berasa malu diperhatikan sebegitu.
“Why?” Tanya Edward lagi.
Di geleng-gelengkan kepalanya tanda tiada apa-apa yang berlaku.
“Erm, awak suka subject ni?”
“Yea.” Jawab Kyra sambil mengganguk kepala.
Mereka berdua kelihatan sibuk berbual-bual sementara kelas berjalan seperti biasa. Sesekali kedengaran cikgu kelas memberi isyarat supaya mereka berdua diam.

Kelas Mr Robert telah tamat. It’s lunch time. Edward masih bertanya itu dan ini pada Kyra. Jawapan pendek dari Kyra membuatkan Edward tidak berputus asa dan terus terusan memberi soalan.
“ Come join me for lunch?”
“Err..” Kyra memandang rakan-rakannya.
Emily dan Miley sedang berbual-bual. Emily sempat mengerling dan hanya tersenyum sambil mengenyitkan matanya.
Kyra memandang Edward yang setia menunggu. “Apa kata awak pergi dulu?”
“Thank you but NO.” ringkas dari Edward.
Kyra memandang Edward dengan pandangan yang tidak pasti.
“Alrite then. Jom” Kyra terpaksa mengalah.
Edward tersenyum gembira sambil tangannya mencapai bag Kyra lalu di pegangnya.
Mereka berdua berjalan seiringan menuju ke kantin.

Kantin BSUC dipenuhi dengan banner besar tribute to MJ. Apa yang menarik perhatian Kyra dan Edward adalah salah satu giant poster MJ yang dipenuhi dengan tandatangan para pelajar.
“Wah, hebatnya BSUC.”
Edward hanya memandang segolongan pelajar sedang sibuk menandatangi poster tersebut. Kemunculan Skypers Girl seperti gaya celebrity yang sedang berjalan menuju ke poster MJ.
“Ketepi. Ketepi semua. Sila beri laluan untuk Skypers Girl.” Teriak salah seorang dari kumpulan gedik itu. Para pelajar yang ada memberi laluan supaya kumpulan gedik ini dapat kehadapan. Kyra hanya memandang gelagat kumpulan Skypers Gedik. Memang tidak dinafikan yang kumpulan itu sangat berpengaruh kerana ramai pelajar yang sanggup berhenti tandatangan dan memberi laluan kepada kumpulan itu walaupun mereka tidak berbaris. Samada kumpulan itu sangat berpengaruh ataupun pelajar ini takut akan kumpulan Skypers girl.

Tangan Kyra ditarik oleh Edward. “Jom la”
Kyra mengikut saja tanpa menyuruh Edward melepaskan tangannya. Semua mata tertumpu kepada mereka berdua. Kyra tertunduk malu.

“Kyra.” Emily bersuara sambil mengenyitkan matanya lagi.
“Are you going to join us?” Tanya Emily lagi. Miley disebelah hanya tersenyum. Ziela pula hanya mengangguk tanda setuju sambil tersenyum. David tidak memandang ke arah Kyra dan Edwad langsung. Maybe sibuk melayan makanannya. Bryan - where is Bryan? Bryan tiada bersama bereka.
Kyra menarik tangannya dari Edward. ‘Why don’t we join them?” Tanya Kyra kepada Edward.
“Next time, boleh. I need to be with you. Alone.” Balas Edward.
Dibiarkan saja Edward memilih tempat yang sesuai untuk mereka duduk.

Mereka berdua duduk di barisan akhir berdekatan dengan tingkap. Dari meja Kyra dan Edward, dia dapat melihat rakan-rakannya yang berada di depan mejanya – selang 3 baris. Kyra memandang di sekeliling kantin. Pelajar lain juga asyik sibuk memandangnya dan Edward sambil berbisik di antara satu sama lain.

“I rasa tak selesa.”
“Just ignore them.” Edward tersenyum.
“Awak nak makan apa? Biar saya ambilkan.”
“Jom, saya pun nak ikut.” Jawab Kyra.

3 comments:

NAZ said...

woahoooo not bad ha :)

Anonymous said...

eh mane part yg pi camping tu?

Anonymous said...

http://uruchimaru-kf.blogspot.com/
slm wahai cik bspotgrul..
kite suda tukar url blog hrp maklom ea..

maaf menyusahkan huhuhu..ok berpergian dulu ^-^