My dearest F.R.I.E.N.D.S

Monday, June 21, 2010

Truly Gifted - Double S

Sudah hampir seminggu rasanya Kyra menjalani kehidupannya sebagai pelajar baru BSUC. Banyak yang di pelajari Kyra dalam masa seminggu itu namun apa yang peliknya adalah rakan semeja Kyra terus-terusan menghilangkan diri tanpa sebarang berita. Dan menambahkan lagi kepelikan itu adalah tiada siapa pun yang bercerita atau memulakan perbualan mengenai rakan semeja Kyra iaitu Edward Xavier.

Kyra tertanya-tanya dimana hilangnya lelaki itu? Adakah sesuatu yang berlaku kepada Edward? Atau memang Edward seorang yang kaki ponteng kelas. Kyra ingin bertanya kepada kawan-kawan tetapi lidahnya masih tersekat. Mereka yang lain tidak pernah bercakap mengenai kes Edward, kenapa pula Kyra perlu bertanya. Kyra mengambil jalan mudah iaitu mendiamkan diri dan berpura-pura tidak ambil kisah dengan kehilangan Edward.

“What for..” fikirnya

Petang itu di kantin BSUC kelihatan sekumpulan pelajar sedang menjamu selera sambil berbual-bual kosong.
David memulakan biacara “hey, petang ni apa kata kita gi picnic & berkhemah nak? Esok kan cuti”
Bryan sangat teruja sambil menyokong David “Why don’t kita buat khemah sekali. Buat camp-fire ke. Ohh tak sabarnya.”
Emily mencelah “Yes I setuju sangat, malam esok kita boleh berbbq sekali. Dah lama kita tak bbq jugak. Miley, Kyra, lepas ni kita gi shopping nak.”
Kyra hanya tersenyum. Kyra tidak pasti samada dia berminat mengikut mereka atau tidak.
Ziela yang sejak dari tadi mendengar dengan penuh minat menyiku lengan Kyra sambil berbisik “I nak ikut, boleh?”
Kyra hanya mengangguk sambil berkata “Ziela, u ikut dorang pergi bershopping, boleh? I fikir I nak pulang ke rumah saja.”
“Eh, Ziela mestilah ikut kitorang. Dia kan kawan u Kyra. Kawan u, kawan kitorang jugak kan. Ziela, no offense, kita memang nak u ikut tau.” Seloroh Emily.
Ziela tersenyum riang. Matanya memandang tepat kepada David yang sibuk menumpukan perhatian kepada ayam goreng dihadapannya. Bryan tersedar dan terus menyiku lengan David sambil memberi isyarat.
“Hah, Ziela u pun ikutlah. Ishk takyah nak invite-invite semua. Ikut saja.”
“Thanks guys. I suka giler camping. Kyra, kita kena beli banyak benda ni especially krim nyamuk. Kang habis kulit mulus u di belasah nyamuk tu.”
“Eh, tapikan kita nak camping kat mana ni?” Tanya Ziela lagi.
“Tunggu ja nanti, Ziela.” Jawab bryan sambil menyedut air fresh orange.

Kyra sebenarnya sangat malas nak mengikut rakan-rakannya. Lagipun Kyra tidak tahu apa pula ayat yang perlu di berikan kepada granny Selena tentang perkhemahan mereka itu. Lain pula dengan Ziela yang dari tadi asyik teruja tentang planning mereka. Ziela telah aturkan kesemuanya dari baju hinggalah ke ubat-ubatan yang perlu mereka bawa. Semasa berjalan menuju ke kereta, Kyra mula bersuara “ Ziela, I don’t think I can go..”
Belum pun sempat Kyra habiskan ayatnya, Ziela mula mencelah.
“Babe, u jangan. Mereka semua tunggu u tau. Alah, apa yang nak ditakutkan. Ok ok u takyah buat pape, I will arrange everything. U just bawak baju saja. Ok?” Tanya Ziela.
“Atau baju u pun u nak I kemaskan? I boleh buat punya.” Tanya Ziela lagi.
“Ishk, u ni Ziela.” Kyra ketawa.
“Haha, yerlah kalau u rasa malas nak buat semua tu, I boleh bereskan. I just nak u ada sama. Ok. Ok. Apa masalahnya, tell me?” Tanya Ziela lagi seperti pakar dalam bab-bab masalah orang ni.
“Takde papelah Ziela.” Kyra cuba menyembunyikan masalahnya.
Ziela menarik nafas panjang.”Macam ni, why don’t I ikut u balik rumah. I can help u to explain to your parents, if u needs so.”
“Tak. I tinggal dengan my granny, Ziela. U taulah orang tua, bagaimana pandangannya nanti.” Jawab Kyra perlahan.
“Ohh, no big deal lah, babe. Mana driver u, I ikut u sekali lah”
“Err.. but..”
“Huh, itu dia kereta u, jom.” Lagak Ziela seperti ibu-ibu yang menarik tangan anak kecil agar mereka mengikutnya.
Kyra hanya mengikut langkah Ziela menuju ke kereta BMW 5 series berwarna hitam. Dari jauh Kyra melihat Uncle George tersenyum kepadanya.

Setibanya mereka di perkarangan jalan menuju ke banglo mewah milik Selena Stanley, Ziela begitu teruja melihat landscaping yang begitu cantik. Kereta berhenti di pintu gate dan pengawal memberi tabik kepada Uncle George seolah-olah memberi greenlight memasuki perkarangan banglo tersebut.
“Babe, kalau I nak datang rumah u ni, kena sign any document pengesahan dulu ke?” Tanya Ziela dengan serius.
“Taklah Ziela. FYI, this is the first time I bawak kawan datang ke rumah granny tau.”
“Ye ke? Ohh, I orang yang pertama yea? Ohh terharunya.” Senyum Ziela.
“Tapikan babe, kalau I nak datang lagi cemane?” Tanya Ziela lagi.
“Just call me, ok. Dahlah tu. Kita nak sampai dah ni” balas Kyra. Malas Kyra nak melayan budak dorang ni. Ziela kalau dah mula bercakap, mesti susah nak berhenti.

Dari jauh, Ziela terpandang pokok yang di reka dengan huruf SS begitu megah berdiri di hadapan banglo mewah itu. Kawasan banglo begitu luas dan pokok-pokok di tanam di sepanjang jalan menuju ke banglo.
“Wow, this is cool.”
Pintu kereta dibuka.
“Thanks Uncle George. This is for you.” Kyra memberikan satu bag plastic berisi chicken sandwiches kepada Uncle George. Menu kegemaran Uncle George sejak Kyra menjadi pelajar BSUC. Wajah Uncle George menjadi ceria melihat bungkusan makanan kegemarannya itu. Yang paling sedap bila roti sandwiches dibakar bersama butter.

Kyra mengajak Ziela masuk ke dalam rumah. Dikenalkan Ziela kepada granny Selena. Pada mulanya Kyra agak risau jika granny Selena tidak suka dengan orang luar. Maklumlah banglo mewah itu milik granny Selena bukannya harta bapa Kyra. Perlulah minta kebenaran dulu kan.

Kedatangan Ziela disambut baik dan penuh mesra oleh granny Selena. Kyra menarik nafas lega. Dan Ziela pula seharusnya sangat gembira berada di banglo tersebut. Setiap penjuru banglo dilawatinya sehinggakan dia meminta izin dari granny Selena untuk mandi di swimming pool yang direka khas berbentuk huruf S itu. Walau bagaimanapun, Kyra sempat memotong keinginan Ziela dengan mengingatkan Ziela tentang perkhemahan mereka.

“Ishk, rugi betullah tak sempat I nak mandi kat pool ni. But next time, boleh kan Kyra?” Ziela membebel sambil kakinya bermain-main dengan air di kolam.
“Its okay. U ni Ziela, macam budak-budak la.”
“Ehh Kyra u tak tau. Kat rumah I, pool dia tak begitu besar macam ni. Kat sini I terasa macam kat pantai pulak. Tengok u, siap ada kerusi lepak lagi. Bolehlah relax-relax sambil minum air ke makan ice cream ke. Fuhh! I like!”
“Dah, dah, jom naik atas – my room.”
“Ohh, your room. Ok ok. I memang nak tengok empunya bilik. Tentu besar giler kan. And for sure kalau nak compare dengan bilik I , jauh-jauh kena potong.” Ketawa Ziela.
“Bilik besar mana pun kalau hati kosong nak buat apa.” Ucap Kyra perlahan.
“Apa?”
“Takde papelah, jom.”
Mereka menuju menaiki anak tangga yang berliku terus ke bilik Kyra. Ziela kehairanan.
“Oh, from the pool boleh terus ke bilik u. Hebatnya. Lepak kat balcony ni dengan pemandangan hutan? Erkk, apsal bilik u pemandangannya hutan, Kyra. Tapi best jugak, kehijauan kan?”. Ziela melabuhkan punggungnya di atas kerusi di balcony sambil memandang tepat ke arah hutan simpanan.
Tiada jawapan dari Kyra. Dia sibuk mengemas di dalam bilik.
Kemudian, Sumi datang membawa 2 gelas air oren. ”Minum cik.” Sumi bersuara.
“Terima kasih” balas Ziela.
“Awak asal Indon yea?” Tanya Ziela kepada Sumi.
“Iya, cik. Apa cik ini kawannya cik Kyra?”
“Ehh, sudah pasti. Best friend tau.” Seloroh Ziela tersenyum.

Terdengar suara Kyra menyebut “Marilah masuk Ziela.”
Cepat-cepat Sumi berlalu pergi.
“Alright. I’m coming.” Ziela cepat-cepat menghirup air oren. Terasa sejuk tekaknya.

“Babe, wow! Fantastic la bilik u. All pink. Ermm macam budak-budak pulak I rasa. Ermm, patung Barbie takde ke babe?” ketawa Ziela sambil melompat ke atas katil empuk Kyra.
“Bilik ni milik my mom masa kecil dulu. According to granny, bilik ni tidak banyak diubah-suai. Just tukarkan perabotnya saja. I tak kisah sangat Ziela.”
“Yea, u tak kisahlah sebab bilik u super BIG u know. Bilik air pun besar.” Ziela menuju ke bilik air Kyra.
“Wardrobe yang superb, Wah, tempat kasut pun ada. Ni mini library, tu TV, DVD player, home teater .Fuhh, hebatlah your granny.” Puji Ziela tidak habis-habis.

“Babe, balak semeja u tu buat perangai lagi tak?” tiba-tiba Ziela menukar topic kepada cerita Edward.
Kyra tersentak. “ Nak tahu tak, I rasa dia tu mamat yang suka ponteng kelas.”
“Huh, apsal lak?”
“Semenjak hari tu, I dah tak nampak dia di dalam kelas tau. And the best part is – takde sorang pun yang bercakap pasal dia. Pelik kan?”
“Erm, takde apa yang pelik pun. Maybe mamat tu problem maker kot. Eh, handsome tak dia?” Tanya Ziela seperti berminat.
Kyra hanya diam membisu. Dia mula berfikir tentang Edward, kemana hilangnya Edward menjadi satu persoalan.
“Babe, I nak Tanya u ni. Si David tu kan. Ermm handsome gak orangnya yea. Dia okay tak?” Kata Ziela menunjukkan minat.
“Haii, berminat ke?”
Muka Ziela menjadi merah menahan malu.
“Alah, I tanya je. Takde maknanya nak minat kat dia.” Tersenyum sempoi Ziela.
“Yerlah tu Ziela. What do you mean, dia okay ke tidak? Maksud u?”
“Alah u ni. Kura-kura dalam perahu, pura-pura buat tak tahu. Bencilah I.” rajuk Ziela.
“Eleh, jangan nak ngada ok. I bukannya kenal sangat dengan si David tu. Ntah ada girlfriend or not I taktau. Tapi yang pastinya dia peramah. That’s all I know.”
“Ermm, melepaslah I kan kalau dia dah ada gf.” Bisik Ziela di dalam hati.
‘Apa dia? I tak dengar?”
“Aik, apsal lak? U dengar ke. I tak cakap papepun.”
Mereka berdua memandang satu sama lain dan ketawa bersama.

“Dah, I’m done. Dah kemas semua. Jom.”
“Kejap ler, terasa ngantuk pulak. Baring kat katil u memang best. Kalau I tidur kejap ke, lelap mata kejap ke…” belum sempat Ziela habiskan ayatnya kedengaran suara granny Selena memanggil mereka turun.
“Ohh, makan time. Jom. Jom” Ziela bingkas bangun menuju ke pintu bilik.
Kyra tersenyum dengan gelagat Ziela yang mencuit hati. Di gelengnya kepala melihat telatah Ziela.

4 comments:

Anonymous said...

watak ziela itu byk bicaranye..hee

bspotgurl said...

KF - ahaa, penat menaip woo

Stilla Royazrie said...

hte there,
singgah sini jap...
btw i dah follow u..=)

Kaito said...

Ziela tu mmg suka kat David tp tak mengaku lak..ish2..(emo lak..haha)