My dearest F.R.I.E.N.D.S

Wednesday, June 23, 2010

Truly Gifted - Camp fire

Mereka berkumpul bersama di depan unggun api. David menyanyikan lagu I’m Yours by Jason Mraz bersama petikan gitar buruknya. Mata nakal David memandang Kyra yang sejak dari tadi asyik ketawa melihat telatah rakan-rakannya especially Ziela dan Bryan yang kelihatan sangat gembira.
David memandang wajah Kyra yang lembut. Bila angin bertiup membuatkan rambut Kyra yang panjang lurus itu seperti di belai-belai manja menambahkan lagi keseksiannya. Kyra seorang gadis yang tinggi, bertubuh kurus ala-ala model, berkulit putih mulus dan bermata bulat berwarna coklat. Rambutnya keperangan dan mempunyai bibir kecil kemerahan yang menawan. Kyra terasa seperti David memandangnya lalu pandangannya beralih arah kepada David. Apabila David menyedari yang Kyra membalas pandangan, dia cuba mengalihkan perhatiannya kepada Ziela dan Bryan. Mereka berdua sedang asyik menari dan menyanyi bersama-sama. Miley dan Emily pula sibuk memanggang ayam, sosej dan ikan untuk santapan malam. Mereka menyanyi, bergurau senda bersama-sama.

Perkhemahan mereka bertentangan dengan tasik yang luas terbentang. Mereka mendirikan 3 khemah dimana David & Bryan berkongsi bersama. Manakala Kyra dan Ziela berkongsi satu khemah berwarna pink dan khemah berwarna kuning pula dikongsi Emily dan Miley. Dalam keadaan samar-samar kegelapan, tasik itu kelihatan sangat cantik. Kyra sedang baring di luar khemahnya sambil mata menatap bintang-bintang kecil yang jauh di atas sana.

“Indah sungguh malam ini. First time aku berkhemah. Kalau mummy tahu, sudah tentu aku dimarahinya. Tapi dah lama aku tak gembira macam ni. Kalau granny Selena tahu aku berkhemah disini, rasanya dia benarkan tak? Maaf granny, Kyra terpaksa berbohong tadi.” Kyra berasa bersalah kerana telah membohongi granny Selena tentang perkhemahan mereka. Dia memberitahu bahawa dia akan bermalam di rumah Ziela.

Kyra memandang bulan, jika bulan itu boleh berkata-kata, boleh juga dia menjadi peneman setia Kyra. Kyra melayan perasaannya sambil mendengar petikan gitar David. Sedap juga suara David. Kali ini David bergabung suara bersama Ziela menyanyikan lagu Lucky by Jason Mraz & Colbie Caillat. Sedang Kyra enak melayan perasaannya dengan alunan merdu lagu Lucky, tiba-tiba dia terdengar sesuatu dari arah hutan belakang khemahnya. Bunyi seperti kayu yang dipijak diikuti dengan bunyi dengusan. Kyra menoleh ke arah hutan yang gelap. Dia cuba mencari arah bunyi tersebut. Keadaan di dalam hutan sangat gelap. Kyra meninjau-ninjau ke arah hutan gelap itu, tiba-tiba dia nampak satu bayang-bayang di atas pokok. Hatinya berdetik lalu Kyra mencapai torchlight dari bagnya dan berjalan menuju ke hutan.

Bunyi cengkerik dan binatang mula menghantui perasaannya. Kyra berada betul-betul di hadapan hutan. Terasa angin sejuk membelah wajahnya. Lampu torchlight dihalakan ke sekeliling hutan tersebut. Sekali lagi dia terdengar bunyi seperti ranting kayu patah. Ada pergerakan dari satu pokok ke pokok yang lain ,namun kali ini Kyra terasa seperti ada sesuatu yang memandang tepat ke arahnya. Matanya tertumpu pula ke satu arah. Tubuh Kyra menjadi seram sejuk, dia menggigil. Lampu torchlight yang dipegangnya terjatuh ke bawah. Kakinya tidak dapat bergerak apabila dia ternampak satu lembaga seperti seekor harimau bintang yang sangat besar menghampirinya. Kyra mahu menjerit sekuat hatinya. Kyra cuba membuka mulutnya namun tiada suara yang keluar. Kyra mahu berlari sekuat hatinya namun kakinya tidak mampu beredar. Dia hanya mampu berdiri kaku di situ. Matanya dipejam.
Terasa seperti ada sesuatu yang menghampirinya semakin lama semakin dekat. Semakin..

“Kyra.” Bahunya di sentuh.
Kyra terkejut dan terpaku. Kyra tidak dapat berbicara. Badannya terasa lemah.
“Kyra, are you okay?” Tanya Ziela kehairanan. Dia memeluk Kyra yang kelihatan seperti orang terkejut. Kyra hanya mengikut Ziela berpatah balik ke khemah mereka. Dari jauh, lembaga yang kelihatan seperti seekor harimau bintang hanya memandang gerak geri mereka. Lembaga itu memasuki semula ke dalam hutan.

Ziela mengambil air mineral lalu di berikan kepada Kyra.
“Minum dulu.”
Kyra masih terdiam membisu. Agaknya masih terkejut dengan apa yang berlaku.
Ziela duduk mendekati Kyra “ Beb, are you okay?”
Kyra hanya mengangguk lalu wajahnya tunduk. Dia menelan air liur. “Ziela, I…” Kyra tidak dapat meneruskan kata-katanya.
“You pergi mana? I cari u tadi.” Tanya Ziela
“I.. I ada disini. I..” Kyra tidak tahu apa yang perlu di perkatakannya. Belum pun sempat Kyra meneruskan kata-katanya, Bryan masuk ke dalam khemah mereka.
“Hey, jomlah. Takanlah korangnak lepak kat dalam khemah ni saja? Kyra, jom. Sesi bercerita dah nak mula.” Bryan menarik tangan Kyra supaya mengikutnya.
Ziela dah bersedia “Jom, beb! Nanti kita citer okay.”
Kyra hanya mengangguk dan mengikut saja mereka berdua. Sekali lagi dia memandang ke arah hutan. Terasa seperti ada yang memandang gerak gerinya.

Kyra melihat rakan-rakannya sudah pun duduk mengelilingi unggun api. Miley memandang Kyra dengan tersenyum lalu menyuruh Kyra duduk di sebelahnya. Kyra hanya menuruti pelawaan MIley.

“Okay, korang nak dengar cerita?” Emily memulakan bicara.
Semua orang mengangguk-angguk sambil bertepuk tangan. Gaya asyik mereka seperti menunggu ibu bapa bercerita sebelum tidur.
“Okay, okay semua berminat tapi cerita ini akan dicerita oleh Miley. Sebelum tu, kita semua perlu memegang tangan masing-masing seperti ini. Dan.. mata perlu ditutup macam ni” Emily menunjukkan tangan kirinya memegang tangan kanan Kyra manakala tangan kanannya pula memegang tangan kiri David. Matanya ditutup rapat. Mereka semua akur akan penjelasan Emily dan mengikutnya.
“Walau apapun yang terjadi, korang jangan lepaskan tangan kita selagi MIley belum habis bercerita. Itu rahsianya. Faham” tambah Emily lagi.
Mereka semua memandang satu sama lain. Pelik benar cerita ini.
“Alah, I dah bersedia, jom” Bryan bersuara sambil mengikut gaya Emily.
Ziela dan Kyra memandang satu sama lain kemudian Ziela tersenyum dan mengangguk “Alrite then. I pun tak kisah.”

Apabila semua orang sudah bersedia, Miley memulakan ceritanya.
“Cerita ini cerita lama, cerita dari nenek moyang kita. Di sebuah pekan kecil, tinggalnya satu keluarga yang baru berpindah. Mereka yang terdiri daripada ibu, bapa dan 5 orang anaknya, 3 perempuan dan 2 lelaki. Keluarga ini mempunyai 3 orang pembantu rumah. Mereka hidup dalam keadaan yang gembira. Ibu mereka seorang ahli sihir yang penyayang dan bapa mereka seorang yang tegas. Kakak pertama mereka seorang yang jelita dan sangat disayangi oleh keluarga mereka. Kakak sulung mempunyai ilmu sihir yang tinggi yang diperturunkan oleh ibunya. Kakak kedua mampu menjelma menjadi seekor binatang. Kakak ketiga pula dapat melihat masa depan namun kadang-kadang mereka masih meragui kemampuannya. Setiap dari mereka mempunyai ilmu masing-masing."

"Dalam keistimewaan yang ada pada keluarga mereka, masyarakat disitu tidak dapat menerima betapa istimewanya keluarga mereka. Keluarga ini seperti dipulaukan. Mereka dipandang hina, disergah dan dicaci oleh penduduk disitu. Sejak keluarga ini tinggal di sana, pelbagai kejadian aneh yang menimpa setiap penduduk di situ, akhirnya segala kejadian yang berlaku di katakan berkait-rapat dengan keluarga tersebut.”

Miley menyambung ceritanya lagi. “Pada suatu hari, di tengah malam, rumah mereka telah terbakar. Keadaan menjadi kelam-kabut. api semakin marak, rumah besar mereka sudah hampir semuanya dijilat api. Orang ramai hanya melihat saja kejadian itu. Suara meminta tolong tidak dihiraukan mereka malah mereka mampu tersenyum gembira. Mereka merasakan sangat puas dengan kejadian itu tiba-tiba..”

Langit kelihatan amat gelap. Terasa angin sejuk membelah suasana. Kyra membuka matanya dan memandang ke arah langit. Bintang-bintang kecil semakin hilang dari pandangannya. Unggun api pula semakin tinggi apinya. Kyra memandang rakan-rakannya yang lain. Mata mereka seperti tertutup, terlalu asyik mendengar cerita agaknya. Kyra memandang pula kepada Ziela. Ziela juga turut leka. Api semakin marak, Kyra sudah tidak mendengar lagi cerita Miley.

Angin terasa semakin kuat seperti ribut taufan dan keadaan awan yang begitu gelap. Air di tasik dihadapan mereka bergelora seolah-olah seperti ombak besar. Api yang dari tadi semakin marak tinggi menjadi semakin menggila. Kyra terasa seperti bumi seakan mahu menenggelamkan mereka berenam. Keadaan semakin tegang apabila Kyra melihat rakan-rakannya seperti dibuai-buai cerita Miley. Kyra tidak tahu apa yang perlu dibuatnya. Dia melepaskan tangannya lalu berdiri dan menjerit “No!”.

Semua yang ada disitu terkejut.
“Kyra, what are you doing?” sergah Emily.
“its okay, Emily” Miley memujuk Emily yang seperti tidak berpuas hati.
Semua orang memandang Kyra. Keadaan menjadi seperti sedia kala. Kyra memandang di sekelilingnya seperti tiada apa yang berlaku. Tiada api yang marak, tiada ribut taufan, air di tasik juga turut tenang dan matanya mencari-cari bulan dan bintang. Ia masih berkelipan dan cahaya bulan menerangi malam mereka. Kyra terduduk lesu. Apa yang berlaku kepada dirinya.

Miley memegang tangan sejuk Kyra. “Its okay, Kyra. Its okay.”
Kyra melihat rakan-rakannya satu persatu. Dia seperti bingung dan mereka seperti biasa saja, tiada apa yang berlaku. “Mengapa aku seorang saja yang merasakannya?” fikir Kyra lagi.
Miley memandang Kyra lalu senyum “Sudahlah, maybe Kyra dah penat. Dia perlu tidur. Kita bersurai saja.” Kata Miley seperti satu arahan. Semua orang seperti faham dan menuruti saja arahan Miley.

Ziela menghampiri Kyra lalu memeluknya. Ziela merasakan ada yang tidak kena dengan rakannya itu.
-
-
-
bersambung lagi
harap bersabar

2 comments:

Anonymous said...

aduh part citer miley x abis pun suspen ler..!

semakin menarik...hehehe ^-^

vidadarisakura said...

sambung---