My dearest F.R.I.E.N.D.S

Sunday, June 13, 2010

Truly Gifted - First Day in BSUC

Beratnya kaki nak melangkah keluar dari kereta. Kyra masih sibuk membelek wajah di cermin comel miliknya. Pintu kereta dibuka. Kyra memandang Uncle George yang tersenyum lebar.
"Do I look great?" tanya Kyra.
"Absolutely, my dear. As always." balas Uncle George.
Uncle George, seorang pemandu yang sudah bertapa bersama granny Selena sudah hampir 40tahun lamanya. Ishk tak kuasa Kyra nak bekerja dengan satu majikan dengan begitu lama fikirnya. Wajah tua Uncle George yang menampakkan uban putih masih tersenyum menyedarkan Kyra yang dia perlu bergegas keluar dari kenderaan mewah milik granny Selena.
"Alright, are you ready?" tanya Uncle George.
"Yea, of coz I am ready! Since yesterday" ketawa Kyra diikuti oleh Uncle George.
Kyra memandang bangunan besar berwarna putih dengan papan tanda yang tersergam indah dengan nama BSUC - Boustead Spindle University College. Penuh dengan warna warni dimeriahkan dengan giant banner di antaranya Welcome to BSUC, Brighten your day with BSUC, SMART, Join us @ BSUC dan banyak lagi. Naik rimas pulak Kyra melihat terlalu banyak banner. Kyra terpandang parking area - "Luas. Ohh tidaakk sangat luas. Not bad at all, big big car semuanya. Bolehlah I bawa my car nanti" fikirnya.
Kyra masih diluar. Dia masih asyik melihat akan pelajar yang ramai itu. Lelaki dan perempuan dengan gaya masing-masing, fashion up-to-date, full of colour, ada yang nampak nerd, ada yang nampak stylo, ranggi, ada yang sedang berdiskusi.
Tiba-tiba bahunya ditolak.
"Hey, watch out girls" teriak satu suara tanpa menoleh berlalu pergi.
Tersentak Kyra. "Sungguh kurang sopan perempuan ni. Who the hell she think she is" bisik Kyra di dalam hatinya. Dia memandang jauh akan perempuan itu yang gayanya tidak endah seperti model terkenal berjalan menuju menghampiri sekumpulan pelajar perempuan yang lain. Kyra berasa sangat geram dengan perempuan yang dianggapnya gedik itu. Kyra berjalan perlahan memasuki perkarangan BSUC. Terasa dia sangat kecil di BSUC, tanpa seorang pun rakan bersamanya, dia tidak dikenali, no no belum dikenali lagi. Fikiran Kyra melayang-layang mengingatkan Angel, Ell, Kelly, Erika, dan Jessy. Alangkah indahnya hidup ini jika geng Kyra ada bersamanya. Kyra masih ingat betapa sedihnya dia apabila terpaksa berpisah dengan rakan-rakannya itu. Ohh tidak, hatinya menjadi sayu.
"Hai" sapa seorang pelajar perempuan yang berkaca mata ala Harry Porter.
Tersentak Kyra dari lamunan terhenti. "Hai" balas Kyra ringkas.
"I Ziela, student baru kat sini. I rasa u pun kan" seloroh pelajar itu sambil tangan dihulur.
"Nak bersalam ke? Ohh please". fikir Kyra sambil memandang pelajar tersebut.
"Yea". jawab Kyra ringkas. Dia masih memikir samada nak bersalam atau tidak lalu Kyra sebenarnya malas nak berkawan dengan sesiapa pun buat masa sekarang. Pelajar perempuan yang ala-ala Harry Porter itu seperti tersendak dengan jawapan ringkas Kyra. Namun dia tersenyum sambil mengekori Kyra.
"Hey, apehal pulak dia ni, nak jadi pengikut setia aku ke?" fikir Kyra lagi sambil tercari-cari dimana tempatnya untuk mendaftar nama. Dan si pengikut setia Kyra, Ziela hanya mengikut bontotnya.
"Eh, I rasa kat situ tempat mendaftar." Ziela menunjuk teror walaupun Kyra sudah nampak papan tanda - pendaftaran pelajar baru. Diangguknya saja sambil menuju ke tempat pendaftaran.
"Registration Fee okay, course fee dah settle. Full settlement, very impressive. Kad matrix dah, locker key dah. Alright, beres, u boleh pergi ke dewan sekarang." ucap Miss Nadia as Student Counsellor sambil dihulurnya satu set kelengkapan as new student.
"Thank you". balas Kyra. Locker key dicapainya.
"Err, Kyra Mikhael Stanley. Your matrix card." teriak Nadia.
"Ishk, tercicir pulak matrix card ni." fikir Kyra namun dilihatnya Ziela bergerak laju pergi tanpa mempedulikan Kyra.
"Nah, penting kad matrix ni. Tak boleh hilang tau. Nanti masalah besar kita." leter Ziela seperti makcik-makcik.
"Apa pulak lah si Ziela ni. Masalah besar apelah sangat" fikir Kyra lalu diucapnya juga "Thanks".
"No problem. Kitakan kawan." balas Ziela.
Terkejut Kyra. Kawan?? Since when? Don't tell me bila dia pergi ambil my matrix card, kami dah declare friends? NOooo. Fikiran Kyra melayang-layang lagi. Apa nak jadi dengan her life.
Mereka berdua memasuki dewan besar. Di atas stage, terdapat beberapa orang yang boleh diklasifikasikan sebagai VIP. Entah, malas Kyra nak berfikir.
Kyra sebenarnya tidak begitu berminat dengan BSUC. Dia sangat sedih, marah dan bermacam-macam lagi perasaannya apabila diberitahu akan memasuki BSUC. Dia terpaksa meninggalkan kawan-kawannya, tempat tinggalnya, bilik kesayangannya dan macam-macam lagi. Yes, all and everything. Sudahlah bapa Kyra, Mikhael Edward yang telah lama pergi meninggalkannya semasa Kyra masih kecil. Ibunya, Reesa Stanley pula menghantar Kyra tinggal bersama granny Selena. Banyak perkara yang pelik berlaku namun Kyra masih mengunci mulutnya untuk bertanya. I know one day I will!
Suasana di dalam dewan terlalu bising dengan pelbagai gelagat pelajar. As new student, ramai yang ingin berkenalan, dikenali dan sebagainya. Kyra berasa malas untuk berkenalan or dikenali. So far, dia hanya kenal Ziela gadis ala Harry Porter, berlesung pipit dan berambut hitam panjang hingga ke punggung. Kyra memandang Ziela yang agak rendah darinya. Ziela seperti mahu berkenalan dengan semua orang. Ziela akan ucap "hai, I'm Ziela, new student" kepada siapa saja yang di jumpanya. Must be peramah orangnya si Ziela ni.
Dalam keadaan yang bising dengan riuh rendah itu, tiba-tiba kedengaran satu suara dari arah pentas. Semua orang seperti terpaku memandang ke aras pentas. Dengan menggunakan microfon " Semua di minta diam agar segala urusan dapat berjalan dengan lancar. About 10.00am, kita akan mulakan sesi orientasi pada hari ini dengan ucapan pembukaan oleh Pengerusi BSUC - Mr S Gerard" seorang lelaki kacak bersuara. Bagaikan melihat malaikat yang datang, semua pelajar seperti terpaku dan mengikut saja apa yang diperintahkan. Kyra memandang Ziela turut sama berkelakuan aneh.
Tepat jam 10.00am, jejaka kacak tersebut mengumumkan ketibaan Pengerusi BSUC. Seorang lelaki tua, berjambang putih, memakai kot hitam memulakan ucapannya. Bla..bla..bla..Kyra hanya melayan perasaannya. Perkara lain tidak diendahkannya. Apa yang diucapkan oleh Pengerusi BSUC juga tidak masuk ke kepalanya. Dia mula berasa bosan. Ziela disebelahnya diperhatikan asyik memberikan fokus. Ziela seperti menghayati setiap bait-bait ucapan Pengerusi BSUC. Kyra mula memandang pelajar lain pun tidak ubah seperti Ziela. Bosannya. Kyra mula fikir " Alangkah bagusnya jika dia dapat menghentikan masa buat seketika".
-
-
-
-
-
-
bersambung
Selesai saja perhimpunan para pelajar baru, Kyra bergegas keluar dari dewan diikuti oleh Ziela.
“Apehal pulak minah ni asyik ikut aku je.” Rungut Kyra dalam hatinya.
“Jom. Kita kena cari kelas ni”. Ziela mula bercakap lagi.
Kyra mendiamkan diri dan terus berjalan tanpa menghiraukan Ziela.
“By the way, nama u again. I terlupa pulak” balas Ziela lagi.
Kyra memandang tepat ke muka Ziela.
“Just call me Kyra” jawapan seringkas mungkin dari Kyra.
“Erm, I suka nama u, Kyra. Tengok kertas tu. I harap sangat kita akan sama kelas. At least I ada kawan.” Ziela main rampas saja kertas dari tangan Kyra.
Terkejut jugak dengan gelagat si minah ni. Bila masa pulak mereka berkawan. Tak kanlah baru sekejap bersama didalam dewan can be consider as friend?
-
-
-
-
bersambung lagi

4 comments:

Dee said...

sis..kalo minat menulis cerpen..why don't u submit kt netqueen..dibayar lg..contact me if u r interested..

bspotgurl said...

Dee, I nak mencuba tulis dulu. Kang tak pasal-pasal tak best ke cemane. I need time kot dulu. Baru nak berjinak-jinak ni. Lagipun tengoklah penulisan I ni yang kelam kabut je

Anonymous said...

hee keep on bspotgurl..
try n error ea!

bspotgurl said...

Kf - betul tu kF