My dearest F.R.I.E.N.D.S

Wednesday, July 14, 2010

Truly Gifted - Tetamu di Morgany Villa No 8

Pintu rumah No 8 diketuk berulang kali setelah loceng pintu ditekan. Tiada jawapan dari dalam rumah yang besar itu.
“Babe, pelik je ni. I rasa seram semacam lah.” Kata Ziela sambil menyiku lengan kawannya.
Kyra mengetuk pintu utama sekali lagi. Kali ini agak kuat sedikit.

Tiba-tiba..
Pintu terbuka perlahan-lahan. Mereka berdua memandang satu sama lain.
Kyra mula bersuara “Anyone home? Hello!”
Seorang lelaki muncul di hadapan mereka. Terkejut mereka berdua.
“Ohh. Ada orang rupanya.” Ziela sempat berbisik.
“Hai, I’m Kyra and this is my friend Ziela. I sedang cari rumah untuk disewa. Err, I nampak ada papan tanda untuk bilik disewa kat luar sana.” Jelas Kyra.
Pemuda tersebut merenung mereka berkali-kali sebelum menjemput mereka masuk.
“Korang ni umur berapa? Kami tak terima budak di bawah umur, ok!” Dia bersuara.
‘Err, Kami.. kami umur 19tahun dah.” Jelas Kyra yang sedikit gugup apabila menipu tentang umur sebenar mereka.

Pemuda yang tinggi lampai dan berkulit sedikit tan itu kemungkinan berumur dalam lingkungan 20an, memakai T’shirt putih dan berseluar jeans yang koyak di bahagian lutut ala-ala budak hip hop.
“Oh, Still study. Saya Benjamin. Just call me Ben. Masuklah.” Arah pemuda tersebut sambil menampakkan lesung pipitnya dikala dia tersenyum.
"Babe, handsome jugak mamat ni." sempat lagi Ziela berbisik.
Kyra dan Ziela mengikut saja pemuda itu masuk ke rumah. Perabot-perabot di dalam rumah itu tersusun cantik walaupun perabotnya agak lama.
“Wah, antik sungguh perabot kat sini. Bukan senang tau nak jaga barangan lama macam ni.” Seloroh Ziela apabila duduk di sebuah kerusi kayu yang begitu unik dan antik.
“Memang. Semua perabot di dalam rumah ini tinggi nilainya dan tidak mudah untuk dibeli. Tuan punya rumah ni pandai menjaganya. Apa yang I tahu, semua perabot ni milik moyang mereka.” Terang Benjamin.
Kyra hanya melihat-lihat di sekeliling ruang yang ada. Sebuah piano berwarna hitam turut kelihatan. Menarik fikir Kyra. Dah agak lama dia tidak memainkan lagu kegemarannya “Right Here Waiting”. Matanya meluru kepada sebuah bilik yang tertutup rapat.

“Itu library. Ada banyak buku-buku sejarah disana yang boleh dibaca. Ermm, korang still study kan, rajin-rajinlah baca buku kat sana. Rumah ni ada 8 bilik yang semuanya attached dengan bathroom tersendiri. Semua bilik di atas sana. Penghuni disini semuanya buat hal masing-masing.” Terang Benjamin lagi sambil menunjukkan tingkat atas.
“So, boleh kami lihat bilik?” Tanya Ziela dengan tidak sabarnya.
“Jom.” Benjamin mempelawa mereka berdua.

Mereka menuju menaiki sebuah tangga kayu yang begitu cantik design nya.
“Bilik awak di hujung sekali.” arah Benjamin menuruti anak tangga.
Kyra hanya mengangguk. Ziela melihat semua pintu bilik tertutup rapat dan tiada sebarang bunyi kedengaran. Agaknya tiada orang. Mungkin mereka semua keluar bekerja atau study. Bingkai gambar yang terletak di dinding rumah juga begitu unik sekali gambarnya – penuh abstrak.

Setibanya mereka di depan pintu bilik, terasa dingin angin sejuk menyambar muka mereka.
Pintu bilik di buka luas.
‘Wahh..” terpegun Ziela dengan keunikan barang-barang di dalam bilik tersebut.
Sebuah katil kayu King size, wardrobe pakaian, meja solek, TV semuanya lengkap tersusun. Ziela meluru ke bilik air yang agak besar luasnya. Kyra melihat-lihat bilik tersebut, dia berpuas hati dengan keadaan bilik tersebut.
Tirai di jendela ingin dibukanya namun Benjamin sempat bersuara “ Jom kebawah”.

Tiba-tiba Ziela yang sedang berada di dalam bilik air bergegas keluar “Babe, jom.” Muka Ziela seperti panic. Tangan Kyra ditariknya. Mereka berjalan menuju ke ruang tamu.

“Babe, jomlah kita balik.”
“Kejap Ziela. Let me finish this.”
“Err Benjamin.”
“Call me Ben. Sekejap yea.” Benjamin meninggalkan mereka berdua. Dia meluru ke sebuah bilik.
“Kyra, I rasa rumah ni tak sesuai. Kita cari saja yang lain.”
“I rasa okay. Biliknya sangat luas, selesa for me. Nak study pun senang. Lagipun susah nak dapatkan rumah sewa yang lain kan? I think I like here.” Terang Kyra lagi sambil memandang di sekeliling ruang tamu rumah tersebut.
Benjamin keluar membawa 3 tin minuman. “Minumlah, air Coke saja.” Senyumnya.
“Thanks. Ermm Ben, berapa sewanya?” Tanya Kyra.
“Three Hundred….”
Tiba-tiba ada satu lagi suara berkata “It is Four Hundred per month. You have to pay triple for your deposit.”
Mereka semua memandang ke arah suara tersebut. Kelihatan seorang pemuda yang tinggi, berkulit cerah. Kyra tidak dapat melihat mukanya kerana pemuda tersebut memakai cap dan mukanya sedikit tertunduk. Jeans dan Tshirt yang dipakainya berwarna hitam.

“Hey, Asriel. You are here?” Benjamin menyapa pemuda tersebut lalu dia bingkas bangun dan berjalan menghampiri pemuda tersebut.
“This is Kyra, penyewa baru. Kyra, This is the owner of this house – Asriel Emmerich. ” Benjamin memperkenalkan Kyra. Kyra turut bangun dan ingin berjabat tangan dengan Asriel namun tiada reaksi darinya. Kyra hanya mendiamkan diri sambil berfikir “ Adakah dia tidak suka aku untuk menyewa disini?” Kyra sempat memandang wajah Asriel seketika. Mukanya putih bersih, berkening lebat, dan sekali lagi Asriel menundukkan kepalanya.

“So, Deposit 3 bulan dah dibayar?” Tanya Asriel kepada Benjamin.
“But bukankah kita hanya mengambil deposit untuk dua bulan saja. Kenapa pulak perlu tiga bulan?” Tanya Benjamin kepastian.
“Aku nakkan tiga bulan. Kalau nak sewa, bayar. Kalau tak mampu, jangan sewa!” sergah Asriel.
Ziela yang diam sejak dari tadi mula rasa panas dengan sikap Asriel. Dia menyiku lengan kawannya dan memberi isyarat agar mereka segera pulang.
“Ini wangnya Seribu Enam Ratus, tiga bulan deposit dan bayaran bulanan. Saya pindah masuk harini jugak.”Kyra mengeluarkan wang dan menghulurkannya kepada Benjamin.
Ziela terkejut dengan reaksi kawan baiknya itu. Kenapa perlu tergesa-gesa sedangkan mereka tidak tahu siapa lagi penghuni rumah tersebut. Ziela menarik tangan Kyra “We need to talk.”
Mereka pergi ke satu penjuru berdekatan dengan sebuah tingkap “Babe, what are you doing? U nak pindah sini? Today? Whatt?” Kelam kabut Ziela dibuatnya.
“Yes.” Ringkas seringkasnya dari Kyra.
“Babe.. harga bilik tu mahal la. Lagipun U tak perasan ke, berapa harga yang dicakap oleh Ben dan berapa pulak harga yang si lelaki ego tu bagitau? Gila!”
“Ziela, dia tuan rumah so dia lebih tahu pasal harganya.”
“Ohh, ini kerja gila. Please Kyra. I tak rasa U akan selamat disini. Tambah-tambah lagi dengan dorang ni yang psyco.”
“Tak baik U cakap dorang macam tu tanpa kenal dulu orangnya.”
“Yea right. Habis bila orang psyco ni dah bunuh U, baru U nak I kenal-kenalan dengan dorang. Please Kyra. Just listen to me. Batal saja niat U nak sewa bilik disini.”
“Ziela, I tahu apa yang I buat, ok. Trust me, nothing will happened. Lagipun Bukankah ramai yang tinggal disini. Dorang ka nada lapan bilik lain lagi.” Kyra cuba menenangkan Ziela yang semakin kelam kabut.
“I.. I just worried. Tadi masa kat toilet pun, I rasa semacam saja. Please.. Kyra” Ziela cuba menjelaskan sesuatu tetapi terpaksa berhenti kerana Asriel sudah mula bersuara.
“Kalau tak mampu then balik saja. Jangan buang masa I dengan terpacak di sini.”
“Hey, that is very rude.” Jerit Ziela.
“Habis, kalau nak berbincang panjang, balik saja ke rumah. Kami masih ada banyak lagi orang yang nak sewa. Ben, ask them to get out.” Arah Asriel dengan bengisnya.
Kyra menarik nafas panjang “Asriel, saya nak bilik tu. Ini wangnya.”
Kyra memegang tangan Ziela sambil memandangnya “Please.”
Ziela hanya mendiamkan diri.
“Ben, ambil duit tu dan tunjukkan biliknya. Lagi satu. Jangan nak pandai-pandai masuk ke bilik lain selain dari bilik awak sendiri, faham?!”
Kyra hanya mengangguk-angguk. Ziela semakin geram dengan kelakuan Asriel, si tuan rumah.

Benjamin meninggalkan mereka berdua di dalam bilik.
“Babe, I tak faham mengapa U nak sewa jugak disini. Tengok saja layanan si tuan rumah ni.” Ziela sangat tidak berpuas-hati.
“Biarkan dia. Dia kan tuan rumah. Asalkan dia tak kacau I, kira oklah.”
Tiba-tiba Ziela sebak dan terus menangis. “Babe, I tak sangka jadi macam ni. Kesian U. Susah payah nak lari dari rumah sebab nak cari mother dan father u. Kena pulak duduk dengan tuan rumah yang tak ada akal ni. Kalau I yang ada di tempat U, entahlah”
“Dah lah tu.”
“Can I sleep here tonight?” Tanya Ziela.
“Sure, why not.”
“Thanks.” Ucap Ziela sambil memeluk kawannnya itu.
Handphone milik Ziela berbunyi menandakan ada message yang masuk. Ziela membelek message yang tertera dihandphonenya “Kak, balik awal, mummy dan daddy akan sampai dalam masa 2 jam lagi.”
“What! Alaaa. Babe, I kena balik sekarang. Daddy dan Mummy akan sampai lagi 2 jam. Ishk.” Muka Ziela berubah sedih.
“Hey, its okay. Kita jumpa esok saja di BSUC okay.”
Mereka berdua berpelukan sebelum Ziela bergegas pulang. Tinggallah Kyra keseorangan di bilik. Kyra terus on kan TV. Entah apa gambarnya, dia tidak ambil pusing. Dia merehatkan badannya di katil embuk itu sambil berfikir " Sungguh tidak percaya, aku melarikan diri dari rumah? Am I dreaming or what?". Kyra mengenang kembali saat-saat indah sewaktu bersama ibunya hinggakan dia terlelap.
Jam di mejanya menunjukkan hampir pukul 8.30 malam dan Kyra masih tidur.
Pintu bilik Kyra di buka.........
Bersambung beb!

2 comments:

Anonymous said...

psst." anybody home here "? hello ?"

itu yg sesuai......

Anonymous said...

did is sir asriel open the door?

psst suke susun citer utk chapter ni....

i know u have a lot talent to write dear frenz !!!!