My dearest F.R.I.E.N.D.S

Sunday, July 18, 2010

Truly Gifted - rumah sewa

Kyra masih terlelap walaupun pintu biliknya dibuka. Tiba-tiba, dia terjaga. Terkejut Kyra melihat satu lembaga hitam berada di tepi katilnya. Keadaan di dalam bilik sangat gelap kerana tiada sebarang cahaya lampu. Kyra cepat-cepat menekan suis di kepala katilnya lalu bersuara “Who’s that?”.

Seorang gadis bertubuh kecil molek memakai baju serba hitam berdiri di sebelah katilnya. “Hai, I’m Monica.” Gadis itu tersenyum menampakkan barisan gigi putihnya.

“Err, awak siapa?” Tanya Kyra.
“Sorry, I buat U terjaga tapi kita perlu dinner.” Monica terus duduk di atas katil.
“I belum rasa lapar lagi. Maybe nanti saja I turun dan makan.” Jawab Kyra seperti orang mabuk – maybe masih mengantuk.
“No, this is rules. Kalau U nak makan, baik turun sekarang.”
“I.. I ..” kata-kata Kyra berhenti disitu apabila Benjamin pula masuk kebiliknya.
“Hey, cepat turun. Makanan tak akan menunggu korang ok. I masak special malam ni sempena meraikan penghuni baru kita, Kyra.” Benjamin mula berseloroh dan meninggalkan mereka berdua.
“Cepatlah mandi Kyra. I tak rasa U akan selesa nak dinner macam ni. Go..”
Kyra tersenyum memandang Monica yang masih duduk di katilnya. Kali ini Monica tanpa segan silu terus terusan merebahkan badannya di katil. Kyra hanya melihat kelakuan gadis yang berkulit putih, bergincu hitam, bercelak hitam dan even kukunya juga turut diwarnakan dengan pewarna hitam. Sekali pandang Monica tidak ubah seperti seorang ahli sihir. Rantai di leher Monica berbentuk bulat dan di dalamnya terbentuk sekeping hati menarik minat Kyra.
“Very unique.” Fikirnya.

“Hey, apa lagi yang U menungkan. Hurry-up!” arah Monica.
Cepat-cepat Kyra mengambil tuala dan terus menuju ke bilik air.
Cepat saja Kyra menghiaskan dirinya, dan keluar dari bilik air. Dia tidak mahu mereka menunggunya lama namun sempat lagi Monica menyakatnya “Ermm, naik berjanggut I tunggu U, Kyra.”
Kyra hanya tersenyum. Tiba-tiba handphonenya berbunyi menandakan mesej masuk – Dear, where r u? R u ok?
Pantas jari jemarinya membalas sms tersebut – I’m not at home but I’m ok.
“Boyfriend?” Tanya Monica sambil mengenyitkan matanya.
Kyra tersenyum menjawab “Naa, we are just friends.”
“Well, I bet U, he must be the handsome one.” Monica meneka seperti seorang ahli sihir yang dapat membaca segalanya.
“Jomlah, mereka mesti tertunggu-tunggu.”
Mereka berdua mula mengatur langkah menuju ke bawah.

Dimeja makan, kelihatan tiga orang lelaki sedang menunggu mereka berdua. Seorang lelaki yang belum dikenali Kyra mula bersuara apabila melihat mereka berdua tiba “Ohh, ini dia puteri raja sudah tiba. Puteri raja turun untuk santapan. Apa lagi, korang semua bangun, beri hormatlah.” Ketawanya memecah kesunyian malam.
“Tuan puteri tertidur dan perlu dikejutkan. Semua orang perlu tunggu.” Tambah Asriel pula.
Kyra melihat mereka bertiga ketawa bersama dan Monica juga turut serta sekali ketawakannya.

“Hey, korang ni sudahlah. Dia penat agaknya sebab itulah tertidur.” Tiba-tiba Monica seperti ingin menyelamatkan keadaan.
“Yerlah, sudah-sudahlah tu. Korang ni buli budak baru pulak.” Benjamin tiba-tiba jadi baik.

Kyra masih berdiri, dia mula memikirkan apa yang perlu diucapkan kepada mereka kerana terlewat “Er, maafkan saya sebab lewat turun for dinner. Saya tahu ini hari pertama saya dan saya sedikit kelam kabut.”

“Hey, Kyra. Biasalah budak baru. I dulu pun kelam kabut gak. Malah ada yang lebih teruk dari awak, ok. Tak gitu, Ian?” Benjamin tersenyum sambil memandang seorang lagi ahli rumah tersebut.

“Kyra, this is Ian. Nama panjang Ian Thomas Pattinson.” Tambah Benjamin lagi.
“Call me Ian will do.” Ian mencelah.

“Sudah.. sudah, korang nak makan atau berkenalan. Nak sesi berkenalan, next time saja.” Nada suara Asriel serius.

“Sudahlah korang ni. Okay, Kyra cuba U rasa masakan Ben ni. Dia paling hebat bila masak spaghetti. Well, at least kami makan spaghetti everyday sebab tukang masaknya hanya sempat belajar resepi spaghetti saja.” Seloroh Monica sambil memberi pinggan kepada Kyra.
“At least sempat jugak cikgu I ajar resepi spaghetti ni tau. Dan U all boleh jugak makan. Kalau tak…ermm alamat mati kebuluranlah korang semua.” Benjamin menyampuk. Semua orang ketawa melihat telatah Monica dan Benjamin yang asyik berperang mulut saja.

Mereka berlima menjamu selera sambil bergelak ketawa dengan telatah Benjamin, Ian dan Monica. Kyra memandang Asriel, dia tidak banyak bercakap namun hanya sesekali ketawa apabila Benjamin menyakat Monica.

“Lepas makan, cuci pinggan.” Benjamin mengarah.
“Turn siapa yea?” Monica pula bersuara.
“Hey, awaklah Monic.” Kata Ian.
“No, it’s your turn, Ian. Semalam kan I.”
“Hey, semalam kan I tak balik for dinner.” Ian membela dirinya.
“I don’t care. Both of you, sila buat kerja korang yea.” Arah Benjamin lagi.
Kyra melihat mereka berdua bertekak lalu dia menawarkan dirinya untuk menolong “Biar saya saja yang membasuhnya.”
“Hah! Okay. See, problem solve!” jawab Ian.
Monica melihat Ian dengan perasaan yang geram.

Apabila selesai saja dinner, Kyra menolong Monica mengemas meja dan membasuh pinggan. Sambil mereka mengemas Kyra bertanya kepada Monica “Monica, I tak nampak pun penghuni yang lain. Dimana mereka? Belum balik yea? Erm, berapa ramai yang tinggal disini?”

“Wow, banyaknya soalan. Anyway hanya satu jawapan untuk soalan U tu. Penghuni disini sebelum ini hanya empat orang dan sekarang ini, kita berlima.” Monica menjawab sambil mengelap pinggan yang sudah dicuci bersih.

“Really? Banyak bilik kosong lagilah yea?”
“Erm.. tak juga. According to Asriel, dia hanya perlukan satu atau dua penghuni tambahan saja. Kyra, U kena hati-hati skit bila bercakap dengan Asriel. Dia tu panas baran tau. Lagipun Kyra..” Monica terpaksa berhenti bercakap apabila Asriel masuk semula ke dapur. Cepat-cepat jarinya menunjukkan supaya Kyra menutup mulutnya.

“Belum siap lagi?” Tanya Asriel kepada Monica.
“Almost.” Cepat-cepat Monica menghabiskan kerja mengemasnya.
Dia mengajak Kyra berehat di ruang tamu. Sedang mereka berehat-rehat dan berbual kosong, mata Kyra sekali lagi terpandang akan piano besar itu. Kyra terasa ingin mendekati or mungkin memainkan lagu kegemarannya.

Sekali lagi Handphonenya berbunyi lalu Kyra membaca sms yang diterimanya. Sms dari Edward – Can I see U. Where R U?
Kyra membalas – outside. Will c u @ BSUC 2morrow.
SMS masuk lagi – No. Need 2 c u now. Just tell me.
Kyra berfikir apa yang perlu dibalasnya. Jarinya pantas menaip – I cant. Need 2 go now. C u 2morrow . Kyra tersenyum.

“Erm, senyum senyum tu mesti dapat sms dari “just friend” kan?” Monica menyakatnya.
“Taklah.” Balas Kyra.

Ian datang entah dari mana dengan memegang setin air Coke. “drinks, anyone?”
“No, thanks.” Jawab Kyra tersenyum. Ian duduk di sofa berdepan dengan Kyra. Benjamin pula duduk bersebelahan dengan Monica dan mereka bertiga berbual-bual bersama. Sesekali terdengar mereka ketawa. Kyra hanya mendengar saja perbualan mereka. Entah kemana Asriel menghilangkan diri. Kyra melihat disekeliling ruang tamu. Hanya dua lampu saja yang bercahaya dan keadaan sedikit suram. Entah kenapa mereka tidak membuka kesemua lampu dan membiarkan rumah itu bercahaya. Tentu cantik cahayanya kerana lampu-lampu yang terdapat di rumah itu memang unik dan pelbagai gaya. Ingin sekali Kyra melihat rumah itu terang benderang dengan cahaya lampu, tentu cantik fikirnya.

SMS masuk lagi – Why I cant find U. Where R U?
Kyra tidak membalas sms Edward itu. Dia hanya membaca dan mula berfikir tentang ayat Edward – Kenapa Edward tidak dapat mencarinya? Apakah maksudnya itu? Kyra berfikir sambil matanya membaca berkali-kali akan ayat SMS tersebut.

“Kyra, I dah nak tidur ni. Naik dulu yea.” Tiba-tiba Monica bersuara sambil memegang bahu Kyra. Ohh, ceppatnya! Dia melihat jam di dinding menunjukkkan sudah hamper pukul 11.30 malam.
“Huh, cepatnya masa berlalu.”. fikir Kyra.
“Erm, it’s ok. U naiklah dulu. I nak berehat sekejap lagi. Nanti I naik.”
“Alrite. Jangan tidur lewat sangat tau. U baru lagi disini.” Jawab Monica sambil berjalan malas menuju ke tangga. Ian dan Benjamin turut naik bersama-sama. Tinggallah Kyra seorang diri di ruang tamu.

Kyra mengambil tin-tin kosong minuman Coke yang ditinggalkan oleh mereka lalu membawanya ke dapur. Dia mengemas ruang tamu dan menyusun majalah serta kertas-kertas yang bersepah di atas meja. Selesai mengemas, Kyra memadam suis lampu dan menaiki anak tangga menuju ke biliknya. Sedang dia menaiki anak tangga tiba-tiba dia mendapati handphonenya tertinggal di ruang tamu. Cepat-cepat Kyra turun semula ke bawah.

Kyra mencari-cari handphonenya di atas meja namun tiada. Dia mula berasa gelisah. Kyra cuba mengingtakan kembali dimana kali terakhir dia melihat handphonenya itu. Sedang dia asyik mencaricari handphonenya, tiba-tiba Kyra terlihat satu bayang-bayang di tingkap. Bayang-bayang seperti seseorang yang sedang melihat keluar tingkap.

Kyra menelan air liurnya. Dia cuba memberanikan diri berjalan menuju ke tingkap tersebut. Tiada sesiapa disitu. Pelik rasanya. Kyra memandang disekeliling ruang, dalam keadaan yang gelap, Kyra melihat bayang-bayang itu mula bergerak ke tempat yang lain. Kyra mengikut bayang-bayang tersebut tiba-tiba bayang-bayang itu bergerak menghampirinya. Kali ini Kyra berasa sangat takut. Dia terus berlari selaju yang boleh mencari arah anak tangga.

Kyra berlari dan tiba-tiba kakinya tersangkut pada karpet dan dia terjatuh. Kyra ingin menjerit sekuat hatinya namun dia gagal. Dia cuba bangun semula namun kakinya seperti terpaku disitu. Dia memejam matanya dan berfikir “ whoever you are, just go away from me.” Dengan mata terpejam Kyra cuba bangun dan berlari lagi. Kyra berlari dan berlari tanpa menoleh ke belakang. Tiba-tiba dia terlanggar seseorang.
“Aduh!”
“Huh. Asriel. I’m sorry Asriel.” Tercungap-cungap Kyra menahan kepenatan.
“Awak kenapa? Kenapa belum tidur lagi?” Asriel bertanya sambil tangannya menekan suis lampu meja. Asriel memandang Kyra yang kelihatan berpeluh-peluh seperti berlari dikejar anjing.
“Saya tertinggal handphone. Tak tahu kat mana.”
“Itu bukan handphone awak?” Tanya Asriel sambil jarinya menunjukkan handphone Kyra yang berada di atas sofa.
Agaknya Kyra tertinggal semasa duduk tadi. Kyra tersengih menahan malu. Dia berbisik sendirian “ naik gila aku tercari-cari tadi rupanya kat atas sofa. Ishkk..”

“Dah, pergi naik.” Asriel mengarah lagi.
Kyra memberanikan dirinya bertanya kepada Asriel “Err Asriel, awak tak tidur lagi ke? Atau saya yang mengganggu awak?”
“Saya selalu tidur lewat. Awak pergilah tidur dulu. Esok, awak ada kelas kan?” ucap Asriel seakan-akan mahu menghalaunya naik ke atas.
“Eh, saya okay saja. Lagipun masih awal lagi ni.” Kyra membelek jam di dinding. Pukul 1.30 pagi. Awal lagi? Biar betul Kyra.
Asriel hanya mendiamkan diri. Dia memandang ke luar jendela. Entah apa yang di pandangnya dalam keadaan gelap.
Kyra bersuara lagi “Asriel, awak still study ke?”
Asriel memandang Kyra dan Kyra tertunduk sambil berbisik. “Salah ke aku bertanya? Lagipun aku mesti berbaik-baik dengan tuan rumah ni kan.” fikir Kyra.
“Yea, tahun akhir.” Akhirnya Asriel menjawab. Lega Kyra. Difikirnya Asriel tidak mahu menjawab soalannya tadi. Dia mula berasa selesa.
Mereka berdua berbual-bual dan sesekali terdengar Kyra ketawa perlahan-lahan. Kyra merasakan yang Asriel tidaklah sesombong mana orangnya. Mungkin Asriel dilihat dari luarannya seorang yang sangat sombong dan penuh ego tapi hakikatnya Asriel seorang yang cool. Maknanya apa yang Monica cakapkan pasal Asriel itu tak betullah.

Kyra membuka matanya. Comforter biru membaluti tubuhnya. “Aku tertidur di sofa?”
Dia mencari-cari handphonenya. Handphone Kyra terletak di atas meja. Kyra bangun dari sofa dan memandang sekeliling ruang tamu. Kelibat Asriel tiada di situ. Kyra masih bingung. Dia mengingat kembali – semalam dia tertingal handphone, berbual-bual bersama Asriel. Pagi ni dia tertidur di atas sofa. Agaknya terlalu panjang berceloteh sehingga tertidur. Comforter ni milik siapa? Asriel kah?

“Good morning. Dah bangun? Cepat mandi nanti U terlewat ke kelas, my dear.” Monica sudah bersiap sedia dengan baju dressnya yang berwarna hitam dan segala-galanya berwarna hitam untuk Monica. Weird person.
Kyra melipat comforter lalu dibawa bersamanya menuju ke bilik.

Setelah bersiap, Kyra turun semula ke dapur. Di atas meja makan ada dua keping riti bakar dan sebotol jam beserta sekeping nota. Kyra membacanya – Kyra, semua orang sudah keluar. U yang terakhir. Makan saja roti bakar ni before pergi kelas. Dan jangan lupa kunci pintu rumah. Love, Monic.

Kyra tersenyum membaca nota tersebut. Baik sungguh Monica kerana sudi membuat breakfast untuknya.

Handphone Kyra berdering. Nama Ziela tertera di skrin.
“Hello.”
“Babe, kat mana?”
“Still kat rumah. Nak keluar lah ni.”
“U nak datang dengan apa? Nak I gi ambik U?”
“It’s ok Ziela. I ambil cab saja. See u soon.”
“Alrite babe. Can’t wait to see u.”
Talian ditutup. Kyra melihat mesejnya. Ada 10 missed called dan semuanya dari Edward.
~ bersambung lagi ~

1 comment:

Anonymous said...

kasihan si edward tue..