My dearest F.R.I.E.N.D.S

Monday, July 19, 2010

Truly Gifted - Waterfall

Kyra berjalan menuju ke pintu utama BSUC.
Dari jauh Kyra melihat Edward tergesa-gesa berjalan menuju ke arahnya. Kyra hanya tersenyum melihat gelagar Edward.

‘Where have U been?” Tanya Edward sambil memeluk Kyra seperti sudah lama mereka tidak berjumpa.
“Hey, I’m here.” Jawab Kyra.
Edward menarik tangan Kyra seperti mahu mengajaknya pergi dari situ. Kyra hanya mengikut saja.
Mereka menuju ke tempat parking. Pintu kereta dibuka dan Edward memberi isyarat agar Kyra masuk ke dalam kereta.
“Kita nak kemana ni?” Tanya Kyra apabila Edward berada di sebelahnya.
“Kelas Mr Thomas di tunda. I nak bawa U jalan-jalan. Shall we?”
“What! Kelas ditunda? When? Huh.” Kyra tergagap-gagap.
“But how do U know?” Tanya Kyra lagi.
Edward tersenyum dan mula memegang jari jemari Kyra lalu menciumnya. “I miss U. Shall we?”
“Alrite then.” Jawab Kyra sambil berfikir.

Kereta sports biru dipandu laju menyusuri jalan keluar BSUC.

Mereka tiba di satu kawasan air terjun.
“Waterfall!” Jerit Kyra lalu cepat-cepat membuka pintu kereta dan berjalan keluar.

Kyra rasa tenang sekali. Terasa udara yang begitu nyaman dengan pemandangan yang indah penuh kehijauan. Kyra berdiri sambil menghirup udara yang nyaman.
Edward datang memeluk Kyra dari belakang. Dahi Kyra diciumnya sambil berbisik “I was worried about U.”
Kyra menoleh lalu berkata “Worried bout me? But why?”
Edward merenung mata Kyra sedalam-dalamnya dan berbisik lagi “Awak tahu, awak ni sangat pelik?”.
“I pelik? Am I? I atau U yang begitu pelik? Awak seorang lelaki yang pelik.” Tutur Kyra.
“Let me ask you something.” Ucap Kyra lagi.
“Alrite but no personal questions, please.” Balas Edward sambil mencium jari jemari Kyra.
“I don’t care. Bagaimana awak selalu dapat cari saya? I mean.. awak selalu saja berada di mana-mana. Saya rasa pelik tau.”
“Tak ada apa-apa yang pelik pun. It just I pun turut berada disitu, so jumpalah U.” senyum Edward.
“Tipulah. Awak follow saya yea?” Tanya Kyra lagi dan lagi.
“Yea, saya suka follow awak. Boleh?” ketawa Edward sambil membelai-belai rambut Kyra.
“Tapi…” kata-kata Kyra terhenti disitu apabila Edward mula merapati wajahnya ke wajah Kyra dan jarinya menyentuh bibir Kyra.
“Shhh.” Bisik Edward.

Edward memandang ke mata Kyra. Terasa semakin laju saja Kyra bernafas dan jantungnya turut bergerak pantas. Semakin lama semakin dekat bibir Edward merapati bibirnya. Dekat dan dekat lagi.. Jantung Kyra kini berdegup dengan kencangnya, dan turun naik nafasnya pun menjadi kelam kabut lalu Kyra cepat-cepat mengalihkan mukanya ke arah lain. Merah mukanya menahan malu dengan keadaan itu. Dan.. Edward tersenyum lagi.

Kyra berasa lega apabila dia berjaya mengawal keadaan. Entah kenapa tapi Kyra belum bersedia untuk hubungan sebegitu.

Mereka berjalan berpegangan tangan menuju ke batu-batu berdekatan dengan air terjun.
“Bestnya. I nak mandi boleh? Mesti sejuk air ni.” Katanya sambil memasukkan kakinya ke dalam air. Tidak pernah Edward melihat Kyra segembira itu. Mereka duduk bersebelahan sambil berbual-bual.

Sedang mereka rancak berbual, Kyra terpandang seekor harimau bintang di hujung hutan. Harimau tersebut seperti memerhatinya dari jauh.
“Edward, awak Nampak tu?”
“Nampak apa, Kyra?”
“Disana.” Sambil menunjuk-nunjukkan arahnya.
“What? It’s nothing. Jom I hantar U pulang.” Cepat saja Edward mengajak Kyra pulang. Sebenarnya Edward turut merasakan kehadiran harimau bintang tersebut namun dia cuba menafikannya.
“Binatang tu masih disitu dan ia sedang memerhatikan kita.” Ucap Kyra lagi.
“Jomlah.”
Kyra tidak berpuas-hati. Dia berlari dan melompat ke atas batu besar. Dia ingin melihat binatang itu dengan jelas. Dia tidak mahu Edward fikirkan yang dia menipu, sengaja mengada-adakan cerita.
“Kyra..Kyra!” jerit Edward.
Kyra tidak mengendahkan dengan panggilan Edward, dia melompat dari satu batu ke batu lain. Suara Edward semakin tidak didengarinya kerana bunyi kuat air terjun menenggelamkan suara Edward. Kyra melompat dan melompat lagi tiba-tiba kakinya tergelincir apabila memijak salah satu batu yang berlumut. Kyra terjatuh ke dalam sungai dan kepalanya terhentak ke batu. Kyra pengsan.

“Darah. Kyra berdarah.” Edward melihat darah yang mula mengalir bersama arus air sungai.
Mampukah Edward menahan melihat darah Kyra?
Harimau bintang yang sejak tadi berada jauh di hutan sana kini turut bergerak menuju ke tempat Kyra. Edward melompat masuk ke dalam air sungai dan menyelamatkan Kyra tanpa menghiraukan binatang tersebut yang sudah mendekati kawasan air terjun.

Edward mengangkat Kyra lalu mendukungnya. Kyra tidak sedarkan diri. Darah mengalir laju dari kepalanya. Edward menjadi kelam-kabut. Begitu juga dengan harimau bintang tersebut. Edward memandang tepat ke arah mata binatang tersebut. Mereka seperti berbicara sesuatu. Tiada sefahaman di antara mereka.
Akhirnya, kereta Edward menyusur keluar dari kawasan air terjun dengan laju sekali.

Kyra membuka matanya perlahan-lahan. Dia memandang di sekeling kawasan tersebut. Terlalu gelap untuk dia mengenal pasti dimana dia berada. Yang pastinya Kyra dapat melihat pokok-pokok besar dan dia mula percaya dia berada di dalam hutan seorang diri. Kyra terdengar satu laungan yang kuat dan dia mula berasa takut apabila dia melihat seekor binatang yang sangat besar sedang menghampirinya. Binatang yang mempunyai sayap besar dan menyerupai seperti seekor dinasour. Tidak, itu adalah seekor naga kerana binatang itu turut mengeluarkan ketulan api dari mulutnya. Kyra tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Dia tidak mampu berlari menyelamatkan dirinya. Kakiya tidak dapat bergerak. Dia memejam mata lalu menjerit sekuat hati. Tiba-tiba..

Kyra membuka perlahan-lahan matanya. Suasana menjadi cerah. Dia kini berada di atas katil di sebuah bilik.

“Where am I? Adakah aku sudah mati?” fikirnya sambil memandang di sekeliling ruang. Bilik tersebut dihias cantik dengan perabot bewarna putih. Kyra memandang ke sofa, kelihatan seorang gadis sedang tidur di atas sofa.
“Emily, is that you?” Kyra cuba bangun dari katil dan cuba berdiri namun kepalanya terasa berat sekali. Kyra memegang kepalanya dan dia mendapati kepalanya sudah berbalut.

“Arghh..” terasa berdenyut-denyut di kepalanya dan pandangan Kyra menjadi kabur dan gelap. Dia duduk kembali di katilnya.
Emily yang tertidur sudah terjaga. “Kyra, you dah bangun? Are you ok?” Tanya Emily.
“Where am I?” Tanya Kyra mencari kepastian.
“You kat rumah Miley. Miley bawa you pulang. You tak ingat ke, Kyra?”
“Miley bawa I? I keluar dengan Miley ke? I.. I tak ingat..” Kyra cuba mengingati kembali namun gagal. Kepalanya semakin berdenyut-denyut apabila dia cuba mengingati sesuatu.
“Agaknya you kena satu hentakan yang kuat. You berehat dulu, ok!” pujuk Emily.
“Err, awak tahu apa yang terjadi kepada saya?”
“Kyra, U kenal I kan?” Tanya Emily sambil tersenyum.
“U Emily. Kenapa pula I tak kenal?”
“Tak, I just nak double confirm yang you tak hilang ingatan.” Ketawa Emily.
“Ok. Ok. You rehat dulu. Nanti Miley balik, ok. I gi turun bawah ambil bubur untuk you. Semalaman you belum makan tau.” Ujar Emily sambil bergegas keluar dari bilik.
Kyra hanya mengangguk-angguk. Fikirannya mula melayang jauh. Dia cuba mengingati tentang apa yang berlaku kepadanya. Sekali lagi kepalanya terasa berdenyut-denyut. “Argghh, sakitnya.”

Pintu bilik dibuka oleh seseorang. Miley, yea itu Miley. Kyra berasa gembira melihat Miley.
“Kyra, how are you doing? Kepala you sakit lagi tak?” Tanya Miley sambil membelek-belek balutan di kepala Kyra.
“Erm, Sakit setiap kali I cuba berfikir.” Terang Kyra.
“Stop thinking right now. U relax ok. U dah makan? Where is Emily?”

Tiba-tiba Emily datang membawa sedulang makanan. Sambil tersengih-sengih Emily berkata “ See, panjang umur I ni kan? Sebut-sebut saja, terus I datang. Ni I bawakkan bubur untuk Kyra. Sedap ni, Kyra.” Emily meletakkan bubur di atas meja.
“Bawak sini, I suapkan.” Arah Miley.
“Kyra, u makan banyak sikit yea. Bukan senang Miley nak suapkan orang tau.” Gurau Emily.
Kyra tersenyum, begitu juga Miley. Miley menyuapkan satu sudu kepada Kyra.
Satu sudu, dua sudu, tiga sudu..”I dah kenyang.” Kata Kyra kepada Miley.
“Eh, 3 sudu saja? U makanlah lebih sikit, baru ada tenaga.” Ucap Emily.
“Kyra, u perlukan energy, so kena makan banyak sikit.” Miley pula menyokong kata-kata Emily.
“I sebenarnya tidak begitu selera. Tekak I terasa pahit saja.” Jelas Kyra lagi. Muka Kyra masih pucat tidak bermaya. Agaknya dia telah kehilangan banyak darah.
“I sebenarnya ada soalan untuk u, Miley.” Ucap Kyra dengan nada perlahan.
“Yea.”
“According to Emily, you yang bawa I balik kan? Ermm, apa yang dah berlaku sebenarnya?” Tanya Kyra lagi.
Miley memandang Emily penuh kemarahan.”U ni Emily, boleh tak jangan buat hal?”
“Errr, I…I sebenarnya tersalah cakap..errr” tergagap-gagap Emily menjawab sambil menundukkan kepalanya.
“Hah, rasa bersalahlah tu.” Marah Miley lagi.
“Miley, please. Bukan salah Emily pun. I yang bertanya.” Rayu Kyra sambil memegang tangan Miley.

“Kyra, u berehat dulu. Jangan fikir banyak dan jangan percaya cakap pompuan ni.” Tegas Miley sambil matanya merenung tepat kepada Emily yang hanya menjeling ke arah mereka.
“But Miley..” rayu Kyra lagi.
“U sedang sakit. I nak U berehat dulu. Nanti kita cakap. Dah, berehat dulu.” Sekali lagi Miley bertegas agar Kyra berehat.
Kyra berasa sedih lalu memandang Emily. Emily hanya mengeleng kepalanya meminta Kyra supaya jangan bertanya lagi. Kyra hanya terdiam.

Sebelum Miley keluar dari bilik, dia mengarahkan Emily supaya mengikutnya keluar “ Em, Kyra perlu berehat. Jom”
Emily mengangguk-angguk. Dia membiarkan Miley keluar dulu. Cepat-cepat Emily berbisik kepada Kyra “ I terpaksa keluar dulu. U berehat tau.”
“Emily, I need to know..”
“I datang jumpa U malam ni.” Pesan Emily sambil berbisik lalu beredar dari situ. Pintu bilik ditutup rapat. Tinggallah Kyra seorang diri. Dia cuba berehat namun fikirannya bercelaru. Banyak perkara bermain-main dimindanya.

Kyra mula berfikir, perkara terakhir yang diingatinya adalah seekor binatang besar, kawasan gelap..Arrghh, kepalanya kembali berdenyut-denyut..Kyra berasa sangat sakit sehingga air matanya mengalir ke pipi. Dia memejamkan matanya. Kyra nampak seekor naga yang begitu besar sedang terbang sambil mengeluarkan bebola api. Matanya dibuka, segalanya hilang begitu saja. Dia masih berada di bilik Miley. Lega hatinya apabila mendapati dia masih berada di situ. Cuma Kyra berasa pelik dengan mimpinya. Adakah aku masih bermimpi?

5 comments:

Anonymous said...

sudah masuk fasa fantasi..teruskan..!

@©hØy said...

tiba tiba .. slpastu apa ye. ada sambungan ke..

bspotgurl said...

harap bersabar

NAZ said...

mana u dapat idea babe? gila banyak bab ok even dalam satu episode lagi lagi lagi haha

bspotgurl said...

Naz - idea gila ")