My dearest F.R.I.E.N.D.S

Friday, April 12, 2013

G Dragon 2013 WORLD TOUR concert : ONE OF A KIND Live in Kuala Lumpur!

G Dragon 04

G-Dragon to hold his first solo concert in Malaysia – G-DRAGON 2013 WORLD TOUR : ONE OF A KIND - in a one-night only performance at Stadium Nasional on 22 Jun 2013, 8pm; Concert organisers Running Into The Sun and Woohoo! Experience to release ticketing details soon.

Wow! Fantastic baby.. GD jadi jugak singgah buat concert di Malaysia. Tarikh & tempat dah pun confirm. It just nak kena tunggu for the booking ticket. Last year concert Big Bang memang gempak. So peminat semua mesti tengah ternanti-nanti akan concert GD ni.. I pun tak terkecuali :).

Harus menabung dari sekarang....

Wednesday, December 26, 2012

Balance Sheet of life

Our Birth is our Opening Balance!

Our Death is our Closing Balance!

Our Prejudiced Views are our Liabilities.

Our Creative Ideas are our Assets.

Heart is our Current Asset.

Soul is our Fixed Asset.

Brain is our Fixed Deposit.

Thinking is our Current Account.

Achievements are our Capital.

Character & Morals, our Stock-in-Trade.

Friends are our General Reserves.

Values & Behaviour are our Goodwill.

Love is our Dividend.

Children are our Bonus Issues..

Education is Brands / Patents.

Knowledge is our Investment.

Experience is our Premium Account.

The Aim is to Tally the Balance Sheet Accurately.

The Goal is to get the Best Presented Accounts Award.

Tuesday, December 21, 2010

Cerpen Kisah M = Kuasa 2 (Introduction)


“Miki, I tak boleh tidur la”

“Alah, janganlah risau pasal esok. Semuanya akan okay. I harap macam tulah.”jawap Miki yang sedang terlentang tidur di katil sebelah.

“Macam mana kalau kita tak boleh diterima nanti?”

“Kenapa pulak? Mestilah kita akan diterima semua orang. Lagipun, kita kan istimewa.” Balas Miki sambil tersenyum memandang Melly.
Melly bingkas bangun dan menerjah katil Miki dan tidur bersebelahannya.

“U tahu Miki, I tak pernah faham kenapa dan mengapa kita perlu dihantar kesini oleh Daddy. Dah lah terpaksa duduk dengan Aunty Jenny dan Aunty Maria. Perlu tukar sekolah lagi. Tukar lifestyle kita semua. Lagipun sekolah ni, kita belum tahu bagaimana keadaannya lagi. Arrghh, I tak boleh terima ni.” Ngomel Melly sambil memeluk teddy bear kegemarannya.

Miki memeluk adiknya “kita tunggu saja esok. Lagipun, Daddy cakap sekolah ni adalah sekolah yang terbaik disini. I percaya semuanya akan okay sebaik kita melangkah kaki ke sana, okay.”

“Miki, u selalu saja Nampak cool. Bukan macam I ni, kepala I tengah fikir macam-macam. Yang paling penting, kita student baru. Tentu akan dibuli nanti.”

“Dibuli? No way!” Miki bingkas bangun.
“Apa yang nak ditakutkan dengan sekolah baru ni? Lagipun, kita kan..” belum sempat ayat Miki habis, pintu bilik mereka diketuk perlahan.

“Miki, Melly. Belum tidur lagi?”
“Suara Aunty Jenny tu”, bisik Melly kepada kakaknya.

“Excited pasal hari esok?” Tanya Aunty Maria kepada mereka.
“Tak juga. Lebih kepada risau adalah.” Balas Melly.
“Tak perlu risau, semua sekolah sama saja. Yang penting kamu berdua perlu tahu membawa diri.” Balas Aunty Jenny pula.

Satu kucupan selamat malam diberikan kepada kami berdua oleh Aunty Jenny dan Aunty Maria. Sorang satu ciuman, cukuplah tu. Mereka keluar meninggalkan kami. Tiba-tiba air mata Melly mengalir. Miki turut terasa sedih.

“I rindu Daddy.” Ucap Melly.
“Mell, I miss him too.”

Baru sekejap tadi berbual dengan Daddy tapi masih terasa rindu.

Aunty Jenny dan Aunty Maria adalah adik beradik dan kedua-duanya belum berkahwin lagi. Mereka merupakan anak angkat Grandma Seraphina iaitu nenek kami berdua. Kata Daddy, kedua-dua mereka ini pernah frust dalam bercinta. Ehem-ehem, maybe kecundang dalam first love, sebab itu malas nak bercinta kot! Sepanjang 16 tahun kehidupan kami, kami jarang berjumpa dengan kedua-dua makcik ni. Kami hanya berjumpa atau terserempak mereka berdua di majlis-majlis keramaian saja. Tapi kan, mereka berdua sangat cantik okay dan bijak bergaya. Samelah dengan kami yang suka bergaya tak kira masa dan tempat.

Ok, okay, cukuplah pasal makcik-makcik kami tu. Lebih baik focus cerita pasal kami berdua kan?

Nama saya Mikaela dan adik saya Mellysa. Umur kami sama, berwajah hampir 100 peratus adalah sama. Apa-apa yang adik saya suka ( well, walaupun lahir di hari yang sama tapi beza kelahiran kami hanyalah beberapa minit saja yang berbeza), ia turut menjadi kegemaran saya.

Yea, kami kembar. Kembar seiras lagi. Kadang Daddy pun boleh tersalah siapa Miki dan Melly. Semua kenangan manis dan pahit kami kongsi berdua bersama. Bukan setiap orang ada keistimewaan begini kan tapi kami ada. Dan kami berjanji akan setia bersama walau apapun yang berlaku. Setiap hari, setiap waktu kami berdua bersama, berkongsi segalanya dan warna kegemaran kami sudah semestinya Pink! Semuanya Pink.

Kisah hidup baru kami akan bermula disini, ditempat baru dan esok kami berdua akan memasuki King Geoffrey High School - sekolah baru, kawan baru, cikgu baru, meja kerusi semua baru okay! Perasaan tak sabar, risau, takut semuanya ada.


Adakah Sekolah ini sehebat sekolah kami MORGAN VICTORIA HIGH SCHOOL?

Well, kita tunggu saja ceritanya..................
.

.

.

.

.

bersambung

Thursday, December 2, 2010

Nantikan K.E.M.U.N.C.U.L.A.N M=kuasa 2

Nantikan kemunculan
penulisan baru saya
yang bertajuk
M = kuasa 2
-
-
-
-
-
-
-
-
-
p/s: Cerita Truly Gifted (TG) Part 1 akan TAMAT tak habis lagi
akan disambung TG Part 2

Wednesday, August 18, 2010

Truly Gifted - dan sebenarnya

Sepantas kilat, Asriel kini berada di sebuah rumah lama di pinggir hutan. Asriel kini berada di hadapan pintu utama lalu di ketuknya pintu tersebut. Kelihatan seorang wanita tua membukanya lalu berkata “Kenapa kamu kesini?”

“Boleh aku masuk? Aku perlukan pertolongan. Lantas Asriel mengeluarkan seutas rantai lalu ditunjukkannya kepada wanita tua itu.

Wanita itu membeleknya dan berkata “Siapakah empunya tuan rantai ini?”

“Ia milik penghuni rumahku. Aku nak kau melihat dan memberitahu aku apa yang telah berlaku kepadanya.” Terang Asriel lagi.

“Asriel, aku tidak mahu masuk campur dalam hal kau. Walau siapapun pemilik rantai ini, besar kuasanya.” Wanita tua itu cuba menutup pintu utama dan Asriel menyedarinya. Cepat-cepat tangannya menyekat pintu tersebut.

“Anna, aku perlukan pertolongan. Benarkan aku masuk!”

“Sudah! Aku sudah cakapkan yang pemilik rantai ini mempunyai kuasa yang luar biasa. Aku tidak mahu menilik lagi. Pergi kau dari sini, Asriel.” Pinta wanita tua itu.

“Kuasa yang luar biasa? Kyra? Kau pasti, Anna? Kyra hanya seorang gadis biasa. Tak mungkin..” belum pun habis ayat Asriel, wanita tua itu mencelah.

“Kyra? Kyra atau Keira? Kau nampak tak rantai ini huruf K di kelilingi oleh seekor naga emas? Dimana kau dapatkannya?” Tanya wanita tua itu lagi seperti terkejut.

“Kau buat saja apa yang aku suruh. Beritahu aku, apa yang telah berlaku kepada gadis ini? Cepat!” mata Asriel sudah mula kelihatan bertukar warna.

Cepat-cepat wanita tua itu berjalan masuk kedalam rumah sambil berkata ‘Masuklah”. Asriel mengikutnya masuk.

Asriel mengikut wanita tua itu masuk kesebuah bilik gelap yang hanya bercahayakan lilin. Wanita itu meletakkan rantai milik Kyra di atas seketul batu. Matanya dipejam dan mulutnya membaca sesuatu.

Tiba-tiba dia terdiam. Wajahnya seperti orang terkejut. ‘Asriel, aku perlu berjumpa dengannya. Samada kau bawa Kyra kesini atau aku saja yang pergi berjumpanya. Aku perlukan kepastian tentang apa yang telah aku lihat.”

“Apa yang kau Nampak? Cakap.”

“Aku perlukan kepastian, Asriel. Bawa aku berjumpa dengannya. Jika benar apa yang aku Nampak, tentu kau tidak akan percayanya. Aku hanya akan bagitau selepas aku pastikan semuanya itu betul.”

Asriel geram dengan karenah wanita tua itu. Tetapi dia perlu membawa wanita tua itu berjumpa Kyra agar dia tahu apa yang telah berlaku kepada Kyra.
“Apakah aku perlu percaya dengan semua ni?” Tanya Asriel lagi sambil memandang wanita tua itu.

“Semuanya terletak kepada kau, Asriel. Takdir kau bersama seseorang gadis yang luar biasa kuasanya malah dia mempunyai ramai musuh. Kalau kau ingat tentang tilikan pertama aku dulu. Cuma.. kau perlu berhati-hati, wanita yang kau cintai akan senantiasa berada di dalam bahaya. Usah risau, kuasanya..”

Asriel merasakan sesuatu pergerakan di luar rumah wanita tua tersebut. Dia mengarahkan agar wanita tua itu diam. Asriel menjejaki pergerakan tersebut. Dia melihat-lihat seluruh ruang rumah tersebut.

“Ada sesuatu disini. Aku tahu tapi dia tidak dapat memasuki rumah ini tanpa persetujuan kau. Anna, cepat. Kita bertolak sekarang.

Sementara itu, Ziela telah tiba di rumah sewa Kyra. Seperti biasa, dengan kelam-kabut dia mengetuk pintu rumah.

Monica membuka pintu “Yea, cari siapa?”

“Err, Kyra. Kyra ada di rumah tak? Saya Ziela, kawannya. I cuba call handphone dia berkali-kali tapi tidak dapat. I perlu berjumpa dengannya.” Ucap Ziela sambil matanya tercari-cari kelibat kawannnya itu.

“Ohh, Ziela. Kyra tak berapa sihat. Dia sedang tidur.”

“Kalau begitu, biar saya masuk jenguknya.” Ziela ingin terus masuk tanpa di pelawa oleh Monica yang masih tercegat di pintu.

“Hey, siapa cakap awak boleh masuk, huh?! Tangan Monica menyekat Ziela dari memasuki ke dalam rumah.

“OK, maafkan I tapi I perlu jumpa kawan I. I risaukan dia. Dah berapa hari Kyra tak ke kelas. I just nak pastikan dia okay. Itu saja. Lagipun dah malam ni. Tak kanlah U nak biarkan I berdiri kat luar dengan keadaan cuaca yang sejuk ni.” Terang Zeila sambil membuat muka kesian.

Sedang mereka berdua bercekarama di luar, tiba-tiba Benjamin datang dan menyapa Ziela “Hey, masuklah. Buat apa tercegat saja di luar tu?”

Cepat-cepat saja Ziela masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan Monica yang menjadi pengawal pintu.

“Terima kasih Ben. I nak jumpa Kyra, boleh? I naik dulu ke biliknya yea?” pinta Ziela sambil menuju ke anak tangga.

Benjamin hanya tersenyum melihat gelagat Ziela. Monica menghampirinya lalu mencubit lengannya tanda marah akan tindakan Benjamin membenarkan Ziela masuk.

“Hey, sakitlah! I kenal kawan Kyra tu. U tak perlu risau ok.” Ucap Benjamin sambil berjalan terus menuju kearah dapur.

“Ben, I sedang bercakap dengan U ni.” Monica mengomel sendirian sambil mengekori Benjamin ke dapur.

Pintu bilik Kyra di buka setelah dua kali di ketuk oleh Ziela. Ziela masuk kebilik Kyra. Suasana bilik kelihatan suram dengan nyalaan lampu tidur di meja Kyra. Kelihatan Kyra masih tidur. Namun apa yang menghairankan Ziela adalah kenapa kepala kawannya itu berbalut dan keadaan Kyra kelihatan seperti tidak bermaya. Ziela duduk bersebelahan dengan Kyra. Dilihatnya wajah Kyra puas-puas.

Baru empat lima hari saja mereka tidak berjumpa, keadaan Kyra telah menjadi sedemikian? Apa yang berlaku sebenarnya? Fikir Ziela lagi. Direnung sahabat baiknya itu, air mata mula berguguran. Kesian Kyra. Ziela menyentuh tangan Kyra, terasa sejuk tangannya lalu di gengamnya erat tangan kawannya itu. Dia mula menangis lagi.

Kyra tersedar seperti ada seseorang bersamanya lalu dibukanya mata perlahan-lahan. Dia melihat seorang gadis berkaca mata berada di sebelah sambil memegang tangannya. Kyra menjadi terkejut lalu menjerit” siapa awak?” Dia menarik tangannya.

“Kyra, ini saya, Ziela. Kawan awak. Awak dah lupa?”

“Ziela? Kawan saya? Awak siapa? Dimana Asriel? Tolong jangan apa-apakan saya.” Kyra menjadi keliru.

“Kyra, janganlah begini. Ini saya, Ziela. Kitakan sama-sama study di BSUC. Awak dah tak ingat ke? Janganlah awak lupakan saya, Kyra.” Tersedu sedan Ziela menangis melihat keadaan Kyra yang hilang ingatan itu.

Ziela mencuba sedaya upayanya untuk menyedarkan Kyra agar mengingati kembali dia.

“Pergi dari sini. Jangan ganggu saya. Pergi!” jerit Kyra lagi apabila Ziela cuba menenangkannya.

“Kyra, cuba awak ingat balik. Saya ni. Ziela. Kita kan selalu bersama-sama, Awak ingat tak?”

“Saya tak kenal awak. Pergi dari sini. Asriel, dimana Asriel. Asriel!!” Kyra menjerit.

Tiba-tiba Asriel datang entah dari mana. “ Kyra, saya ada di sini. Awak jangan risau yea.” Asriel memeluknya. Asriel memberi insyarat agar Ziela menjauhi Kyra buat seketika.

Monica turut datang ditemani oleh Benjamin. Mereka berasa sedih melihat keadaan Kyra sedemikian.

Ziela yang sejak dari tadi menangis hanya memerhatikan saja keadaan itu. Dia bersuara “apa yang telah berlaku kepada Kyra? Boleh sesiapa jelaskan kepada saya?”

Monica memandang Ziela seperti mahu saja menerkamnya. “Shhh, diam!” suara Monica tegas. Ziela terdiam.

“Monic, tolong bawa wanita tua itu ke sini.” Arah Asriel.
Monica mengangguk dan terus berlalu pergi.

Seorang wanita tua berambut putih bertongkat masuk ke bilik Kyra. Semua yang berada di situ memandang wanita tua tersebut. Ziela yang sedang mengelap air matanya kini hanya diam membisu melihat reaksi wanita tua tersebut.

“Kyra, ini Anna. Awak boleh memanggilnya Aunt Anna. Dia ingin merawat awak. Awak jangan takut yea. Saya disini.” Pujuk Asriel. Kyra melihat wanita tua tersebut seperti ketakutan. Dia memandang kearah semua orang yang berada di situ.

Wanita tua itu merapati Kyra, di keluarkan seutas rantai berhuruf K yang dikelilingi oleh seekor naga emas lalu di pakaikannya kepada Kyra. Dia memegang kepala Kyra dan tersenyum. Diminta Kyra menghulurkan tangannya lalu mulut wanita tua itu sekali lagi berkumat kamit membaca sesuatu. Matanya di pejam. Semua mata tertumpu kepada mereka berdua.

Wanita tua itu telah melihat segalanya tentang Kyra - bagaimana Kyra dilahirkan, siapa ibu bapanya, asal usulnya, keluarganya, takdirnya dan yang paling penting Kyra bakal memiliki satu kuasa luar biasa yang sangat kuat dan mampu memiliki dunia. Kyra cucu kepada Selena Stanley – takdirnya dia perlu berpisah dari keluarganya dan mencari dirinya sendiri. Tiba-tiba wanita tua itu mendapat gambaran lagi – takdir hidup Kyra – dia perlu memilih arah hidupnya. Wanita tua itu juga melihat bagaimana Kyra melarikan diri dan siapa yang mengejarnya. Semuanya dapat dihuraikan kecuali tentang masa depan Kyra yang tidak dapat di kupasnya.

Agak pelik mengapa wanita itu tidak dapat melihat masa depan Kyra dengan begitu jelas. Dia hanya dapat mengagak dari gambaran tilikannya saja. Dia tidak dapat tahu tentang apakah kuasa yang bakal di perolehi oleh Kyra dan kenapa takdir hidup Kyra dia perlu memilih arah hidupnya. Wanita tua itu hanya dapat melihat dengan jelas tentang apa yang sudah dilalui oleh Kyra namun tentang masa depannya dia sendiri tidak tahu bagaimana nasib Kyra kelak.

Wanita tua itu membuka matanya. Dia memandang Asriel yang tidak sabar-sabar ingin mengetahui tentang hasil tilikan wanita tua itu. Wanita tua itu turut kelihatan begitu lemah.

“Monic, Ben. Korang tengok-tengokkan Kyra. Aku perlu menghantar Aunt Anna pulang kerumahnya.” Arah Asriel lagi.

“Kyra, awak berehat dulu. Saya datang sekejap lagi yea.” Ucap Asriel lembut sambil memegang dagu Kyra. Kyra seperti tidak mahu melepaskan Asriel pergi jauh darinya. Setiap saat dia merasakan dirinya berada di dalam bahaya kecuali dia berada bersama Asriel.
Asriel menghantar wanita tua itu pulang.

“Apa yang kau lihat, Anna?” Tanya Asriel sewaktu mereka tiba di hadapan rumah Anna.

“Kau tidak akan percaya tentang apa yang aku lihat, Asriel. Nasihat aku, kau perlu menjaga Kyra baik-baik. Tidak lama lagi usia Kyra akan genap 18 tahun. Banyak rintangan yang akan dihadapinya seorang diri. Tapi dia perlukan teman.”\

“Maksud kau?”

“Kau tunggu umurnya 18 tahun. Segalanya bermula apabila Kyra berumur 18 tahun. Buat masa sekarang, kau perlu menjaganya. Ada yang ingin membunuhnya.” Jawab wanita tua itu lagi.

‘Siapa?” Tanya Asriel.

“Kau pulang dulu. Aku perlu membuat sesuatu untuk melindunginya. Esok kau datang ke sini semula.” Arah wanita tua itu lagi.

‘Aku perlu tahu semuanya. Dan aku mahu tahu sekarang!”

Wanita tua itu membuka pintu rumahnya tanpa menghiraukan permintaan Asriel. Pintu rumah ditutup rapat. Asriel menahan geramnya di atas kelakuan wanita tua tersebut.

Dengan cepat, dia terus berlari laju sehingga sampai ke rumahnya. Asriel cuba berfikir tentang apa telah berlaku kepada Kyra sebelum dia menemui Kyra di tepi jalan.
~ bersambung ~

Thursday, August 5, 2010

Truly Gifted - Mimpikah aku?

Kyra kini berada di dalam hutan dan dia sedang berlari. Berlari sekuat yang boleh. Kyra berlari tanpa menoleh ke belakang dan dia takutkan sesuatu. Tiba–tiba ada seseorang yang telah menariknya, dia menjerit dan perlahan-lahan matanya dibuka.

Dilihatnya seorang pemuda sedang memeluknya sambil bertanya “ Kyra, awak ok?”
Kyra kepenatan berlari. Dia memandang di sekeliling bilik itu
“Dimana saya? Awak.. awak siapa?”

“Saya..” Asriel berasa hairan dengan tingkah laku Kyra. Sudahlah kepalanya berbalut, Kyra seperti tidak mengenalinya langsung. Apakah Kyra sudah hilang ingatan? Fikir Asriel lagi.

“Tolong jangan apakan saya. Dimana saya ni?” Tanya Kyra lagi seperti mahu menangis.

“Awak selamat disini. Saya Asriel. Awak di rumah saya. Saya yang selamatkan awak tadi. Awak ingat tak?” Asriel menduga.

“Di rumah awak? Bagaimana saya…”

“Takpe. Awak rehat dulu, Kyra. Saya jumpa awak di tepi jalan tadi. Awak pengsan dan awak meracau-racau seperti ada sesuatu yang berlaku kepada awak. Berkali-kali awak menjerit tau. Sudahlah, awak berehat yea. Saya keluar dulu” Ucap Asriel sambil melepaskan pelukannya.

Kyra cepat-cepat memegang tangan Asriel “Tolong. Tolong jangan tinggalkan saya. Saya takut. Ada orang nak bunuh saya.” Pinta Kyra. Entah mengapa dia merasakan bahawa dia boleh mempercayai pemuda yang tidak dikenalinya itu. Pemuda yang bernama Asriel itu Nampak baik orangnya.

“Saya tidak ingat apa yang berlaku. Saya..” ucap Kyra lagi sambil cuba mengingati apa yang telah berlaku kepadanya.

Asriel memegang lembut rambut Kyra “Awak jangan risau. Saya disini. Tidak ada apa-apa yang akan berlaku kepada awak. Dan tiada sesiapapun yang akan apa-apakan awak.” Dia memandang wajah Kyra yang putih pucat.

Kyra menggelengkan kepalanya “Tidak, tolong. Saya takut.Awak tidak tahu apa yang terjadi. Ada seseorang..sesuatu yang mencari saya. Saya tahu, ada sesuatu..” Kyra memeluk tangan Asriel seperti tidak mahu melepaskannya.

Asriel cuba menenangkan keadaan dan dia merehatkan badannya di kepala katil sambil memeluk Kyra. Kepala Kyra di letakkan di atas dadanya “Ok ok, awak berehat dulu. Saya tidak kemana. Awak cuba tidur yea.”

Kyra berasa selesa bersama Asriel dan dia memejamkan matanya dan dia cuba tidur kembali. Badannya masih terasa sangat letih.

Asriel membelai-belai lembut rambut Kyra.
Tiba-tiba Asriel menjadi seorang penyayang. Bukankah dia pernah membenci Kyra semasa Kyra mula-mula datang ke rumahnya. Asriel sebenarnya tidak membenci Kyra. Hatinya mula terpaut kepada Kyra semasa mula-mula mereka bertentang mata namun Asriel cuba menyembunyikan perasaannya itu. Dia cuba membuang perasaan suka dengan bertindak membenci gadis itu. Dan kini, Kyra berada di dalam pelukannya. Yea, Kyra berada bersama Asriel pun disebabkan dia hilang ingatan kan, jika tidak mana mungkin Kyra dan Asriel akan bersama begitu. “Argghh, indah sekali kalau manusia berada di alam cinta.” Fikir Asriel lagi.

Kyra tertidur. Kali ini dia didatangi oleh sekumpulan wanita tua. Wanita-wanita itu mahu Kyra mengikuti mereka ke satu tempat. Mereka berkumpul di satu tempat seperti di tepi pantai dan mereka membuat satu bulatan. Kyra dipaksa berdiri di tengah-tengah bulatan. Salah seorang ahli wanita tersebut seperti memanggil-manggil sesuatu. Mulutnya berkata-kata sesuatu seperti membaca perkataan. Tiba-tiba langit menjadi semakin gelap. Kilat sabung menyabung dan air laut berkocak menjadi seperti ombak yang sangat besar. Angin begitu kencang dan wanita tersebut seperti hilang arah terus menjerit-jerit memuja-muja memanggil sesuatu dan Kyra berasa sangat takut lalu cuba menyelamatkan dirinya. Wanita-wanita tersebut semakin mendekatinya dan dia menjerit meminta dilepaskan.

“Tolonglah lepaskan saya. Lepaskan!” Jerit Kyra sambil menangis.

“Kyra. Kyra.” Suara memanggil namanya. Kyra membuka matanya.
“Awak bermimpi lagi?” Asriel bertanya sambil mengejutkan Kyra.
Kyra terjaga dari mimpinya. Dia melihat seorang gadis berpakaian serba hitam berada di depannya. Sekali lagi Kyra menjerit ketakutan “Tidaakkk.”

Monica yang sejak tadi menunggu Kyra bangun dari tidur turut terkejut.
“Kyra. Kyra, saya disini.” Asriel cuba menenangkan keadaannya.
Kyra memeluk Asriel ‘Kenapa dia disini? Dia seperti berada di dalam mimpi saya. Dia ahli sihir. Dia…”

“Kyra, ini Monica. Penghuni di rumah saya ni. Awak jangan risau. Monica kawan awak juga.” Kata Asriel.
Monica menelan air liurnya “Kyra, ini saya. Monica” Monica menghulurkan tangannya. Kyra memandang tangan Monica dan pandangannya terus kepada Asriel seperti menanyakan sesuatu. Asriel melihatnya dan mengangguk –angguk.
Tangan Monica di salamnya. Monica tersenyum gembira.

“Monica, awak temankan Kyra. Saya ke bawah, ambilkan makanan. Mungkin Kyra perlu menyalin pakaiannya.” Arah Asriel. Terkejut Monica dengan perubahan Asriel. “Bertutur dengan sopan? Asriel ke ni?” fikir Monica lagi. “Arghh, tak kisahlah. Mungkin dia terkejut melihat keadaan Kyra kot.” Fikir Monica lagi.

‘Huh. Awak.. awak nak kemana?” Tanya Kyra seperti tidak mahu berpisah lagi dengan Asriel.
“Awak jangan risau. Monica temankan awak. Saya ke bawah sekejap. Ambilkan awak makanan. Awak belum makan lagi kan.” Senyum Asriel.
“Kyra, saya temankan awak yea.” Ucap Monica sambil merapati Kyra di atas katilnya. Kyra memandang Monica dengan perasaan takut. Semakin lama Kyra berasa selesa bersama Monica.

Monica memberi insyarat kepada Asriel supaya bergerak. Asriel mengangguk lalu beredar.

“Kyra, jom. Awak mandi dan salin pakaian yea.” Tutur Monica lembut. Kyra mengikut saja perintah Monica lalu mengikutnya bergerak menuju ke bilik air.

Selepas selesai mandi dan menukar pakaian. Kyra berekat di katilnya.
Monica duduk bersebelahan Kyra di katilnya. Dia melihat kepala Kyra yang berbalut.
“Kyra, kita buka balutan di kepala awak tu. Biar saya cuci, yea.”
Kyra memegang balutan di kepalanya. Monica bangun dan membuka balutan tersebut. “Ermm, dah nak baik ni. Lepas letak ubat semua, esok lusa baik lah.”

Asriel kembali dengan semangkuk bubur panas.
“Ermm, bau pun dah tau sedap ni.” Usik Monica sambil mengambil mangkuk bubur dari tangan Asriel.
“Saya.. saya tak lapar.” Jawab Kyra.
“Kyra, awak perlu makan. Sedap ni.” Pujuk Monica sambil menyuapkan bubur nasi kepada Kyra.
“Saya tak nak. Saya tak berselera.”
Asriel pula memujuk Kyra “Awak perlu makan. Kalau tak nak berjalan pun awak dah tak mampu tau.” Senyum Asriel lagi sambil mencapai mangkuk bubur.
“Saya suapkan. Awak perlu makan walaupun sedikit.” Pujuk Asriel pula.
“Satu sudu, dua sudu, tiga sudu..”
Kyra menggelengkan kepalanya tanda dia tidak mahu makan lagi.
Air minum air perlahan-lahan.
‘Awak berehat dulu yea.” Ucap Asriel.

Monica menarik tangan Asriel lalu bertanya “Apa yang berlaku ni? Kenapa dengan Kyra? I Nampak dia macam orang hilang ingatan saja?”
“Yea. I pun rasa macam tu. Dia tak kenal sesiapapun. “
“Pelik. Setelah 2 – 3 hari dia menghilangkan diri, tiba-tiba dia hilang ingatan?” Tanya Monica lagi.
“Ada yang tak kena ni.” Ucap Monica sambil memandang Kyra dari jauh. Di lihatnya Kyra hanya memandang ke luar tingkap seperti tidak tahu apa yang berlaku langsung.
“Monic. U tunggu Kyra. I nak keluar sekejap.”
“tapi, Kyra..”
“U just tunggu dan jaga dia. Jika betul ada orang yang cuba buat tak tentu pasal, mereka tidak akan dapat mencari Kyra di rumah ni. Mereka tidak akan dapat menjejaki Kyra disini. Dia selamat disini.”
Monica hanya mengangguk-angguk tanda setuju.

Asriel cepat-cepat beredar dari situ. Dia perlu keluar mencari maklumat tentang kejadian yang menimpa Kyra. Dia tahu dia perlu mencari seseorang yang lebih arif tentang kejadian yang berlaku. Secepat kilat Asriel berada di depan sebuah rumah besar yang agak lama. Pintu rumah di ketuknya berkali-kali. Pintu dibuka, kelihatan seorang wanita tua yang berambut putih membuka pintu.
"Kamu? Kamu buat apa disini?" Sergah wanita tua itu.

Sunday, July 25, 2010

Truly Gifted - What are you?

Kyra terjaga dari tidurnya apabila dia terdengar seperti ada orang bertekak di luar bilik. Dia bangun perlahan-lahan sambil memegang kepalanya yang masih berbalut. Kyra melihat di cermin, wajahnya putih, lesu dan pucat seperti tiada darah. Perlahan-lahan tangannya mencapai tombol pintu dan dibukanya. Kyra melihat seorang pemuda bersama Miley dan mereka sedang bertengkar. Entah apa yang menyebabkan pergaduhan mereka. Kyra cuba mendengar perbualan mereka namun gagal. Pintu dibuka sedikit luas agar dia dapat mendengar perbualan mereka.

Tiba-tiba pemuda tersebut memandang Kyra. Mata pemuda itu, yea matanya berwarna hitam pekat. Kyra terkejut dan terus menutup pintu. Bunyi bising mula kedengaran di luar. Miley seperti sedang mengamuk sakan dengan pemuda tersebut. Agaknya pergaduhan boyfriend and girlfriend, fikir Kyra. Kyra cuba mendengar lagi, kali ini terdengar seperti kaca berkecai dan satu benda telah terjatuh. Kyra berasa cemas dan dia sangat risau akan keadaan Miley dengan boyfriendnya itu. Kyra membuka pintu sekali lagi dan kali ini Miley tiada disitu.

Alngkah terkejutnya Kyra melihat seekor harimau bintang berwarna hitam sedang berdepan dengan pemuda tersebut. Pemuda tersebut memandang kearahnya seperti terkejut. Dilihatnya harimau bintang itu seperti sudah sedia untuk menerkam pemuda tersebut. Kyra berlari keluar dari bilik dan cuba menyelamatkan pemuda tersebut. Dicapainya sebuah raket tennis dan dia cuba menghalang harimau bintang tersebut dari menerkam pemuda itu. Harimau bintang memandang Kyra sambil mengaum. Kyra tidak mempedulikan tentang kesihatannya lagi. Harimau bintang cuba mendekati pemuda itu namun Kyra dengan beraninya cuba menghalau. Entah mana datangnya keberanian Kyra. Dia tidak lagi memikirkan keselamatannya.

Kyra memandang pemuda tersebut lalu berkata “cepat selamatkan diri awak.”
Pemuda tersebut memegang tangan Kyra “ saya akan berada disini bersama awak.”
“Huh, where is she? My friend. Your girlfriend? Binatang ini dah makan kawan saya ke?” bisik Kyra kepada pemuda tersebut.
“She… she’s disappear.” Jawab pemuda tersebut sambil memandang harimau bintang itu yang sedang mengaum. Harimau tersebut cuba melompat ke atas tangga dan cuba mendekati mereka. Kyra masih memegang raket tennis tersebut dan menghalakan kearah harimau bintang. Dia berjalan ke belakang dan tiba-tiba kakinya tersangkut kepada wayar elektrik dan Kyra terjatuh. Kepalanya sekali lagi terkena kayu tangga. Kyra berasa sangat sakit, pandangan matanya menjadi semakin gelap. Darah mula mengalir dari tempat yang sama di kepalanya. Keadaan menjadi panic.

Pemuda tersebut menarik tangan Kyra, Dalam keadaan pandangannya yang semakin gelap, Kyra memandang muka pemuda tersebut. Dilihatnya mata pemuda tersebut berwarna hitam pekat, kulitnya terasa sangat sejuk. “cepat, kita beredar dari sini.” Kata pemuda itu.
“Awak saja yang pergi. Saya perlu mencari kawan saya.” Jelas Kyra.
“Tiada masa. Selamatkan nyawa kita dulu.” Pemuda tersebut mengangkat tubuh Kyra lalu di bawa pergi dengan pantas. Harimau bintang melompat kebawah sepantas yang boleh lalu menjelma menjadi seorang wanita.

Edward, tinggalkan dia disini.” Teriak Miley.
Edward tersenyum sambil menoleh kea rah Miley dan berkata “dengan apa yang terjadi, U nak I tinggalkan Kyra disini? No way.”
“Don’t you dare.” Balas Miley lagi. Serata dengan itu, Miley sekali kali menukarkan tubuhnya menjadi seekor harimau bintang.
Dengan sepantas kilat Edward berlalu pergi membawa Kyra bersamanya. Miley melompat keluar dan terus menjejaki Edward. Miley berlari selaju yang boleh, dia melompat dari satu rumah ke rumah yang lain sambil menghidu jejak Edward.

Tiba-tiba seekor burung helang berbunyi dan terbang mendekatinya. Miley berkomunikasi dengan burung helang tersebut “Jejak Edward sampai dapat. Kyra dibawa bersamanya.”

Burung helang tersebut seperti memahami bicara komunikasi tersebut dan mula terbang dengan lebih tinggi lagi. Miley berlari dan terus menghidu. Dia berasa sedikit selesa apabila Emily turut bersamanya.

Burung helang tersebut terbang tinggi menjejaki kelibat Edward bersama Kyra. Miley mula risau dengan keadaan Kyra.

Miley menerima isyarat dari burung helang”Mereka akan memasuki DarkWorld.”

“What! Call David dan Bryan sekarang. Ask them to help. Jangan biarkan mereka memasuki hutan tersebut.” Perintah Miley.

Burung helang tersebut seakan faham dengan perintah Miley. Ia terbang kebawah sambil menghantar insyarat kepada kawan-kawannya.

Edwrad berlari dengan laju dan dia tahu harimau bintang tersebut semakin jauh dari mereka. Edward berhenti berlari apabila dia memasuki satu kawasan perhutanan. Dia memasuki senuah rumah besar yang terletak di tengah-tengah hutan tersebut. Dia melihat Kyra yang belum sedar dari pengsannya. Tubuh Kyra di letakkannya di atas katil di biliknya. Edward melihat darah Kyra. Dia semakin tidak dapat mengawal dirinya. Edward memejamkan matanya dan bergerak ke bilik air. Di basuh mukanya berkali-kali, dia melihat wajahnya di cermin – tidak ubah seperti puntianak yang dahagakan darah manusia. Matanya menjadi hitam pekat dan mulutnya mula menampakkan gigi siungnya. Edward menggenggam tangannya kuat-kuat lalu dia menumbuk cermin tersebut. Cermin bilik airnya pecah.

Kyra tersedar dari pengsan dan terdengar bunyi kaca pecah dari dalam bilik air. Dia bingkas bangun dan menuju ke bilik air.
Sekali lagi Kyra terkejut melihat pemuda tersebut dengan keadaan dirinya. Kyra menjadi terlalu takut dan menjerit sekuat hatinya. Dia berlari menuju ke bawah melalui anak tangga. Dia berlari sekuat hatinya.

Edward yang menyedari dengan kejadian itu turut mengejar Kyra. Kyra berlari dan membuka pintu lalu keluar dari rumah tersebut. Dia tidak tahu kemana arah tujuannya namun dia hanya tahu yang dia perlu menyelamatkan dirinya dari pemuda tersebut. Dia berlari sepantas yang boleh.

Edward mengejar Kyra dan apabila ia mula menjejaki Kyra, tiba-tiba dia terpaksa berhadapan dengan seekor serigala yang turut menjejaki Edward. Edward terpaksa berlawan dengan serigala tersebut. Kedua-dua serigala dan puntianak berlawan dengan kekuatan masing-masing. Sedang mereka berlawan, datang pula seekor lagi harimau bintang, burung helang dan juga seekor harimau belang. Edward melihat mereka semua semakin menghampirinya dan dia perlu menyelamatkan dirinya. Dia tidak akan berlawan dengan mereka semua sedangkan dia keseorangan. Edward mencari peluang untuk menyelamatkan dirinya. Dia melompat ke atas dahan dan berlari sepantas yang boleh.

Harimau belang ingin mengejarnya namun telah dihalang oleh Emily. “Cukup. Kita perlu cari Kyra.”

Kyra berlari melalui hutan yang gelap itu tanpa tahu kemana arah tujuannya. Dia berlari dan berlari sehingga keluar dari hutan tersebut menuju ke jalan raya. Keadaan yang gelap membuatkan Kyra tidak tahu kemana arah yang perlu diia pergi. Dia berlari di sepanjang jalan tersebut. Dia berlari sambil menangis. Dia berasa tertekan dengan apa yang berlaku pada hari ini. Dengan kehilangan kawannya, Miley. Dia telah berdepan dengan seekor binatang yang ganas dan pemuda yang baru dikenalinya itu pula telah bertukar rupa. Apakah lelaki itu yang membunuh Miley, fikir Kyra lagi. Dia cuba membayangkan kembali apa yang dilihatnya tadi. Rupa pemuda tersebut sungguh menakutkannya.

Kyra masih berlari dan berlari. Kini kakinya mula terasa sakit dan tidak bermaya. Langkahnya semakin perlahan dan Kyra semakin lemah dan dia tidak berdaya lagi. Kyra jatuh terduduk. Kakinya sangat sakit. Dia perlukan air buat masa ini. Air.. dimana air, fikirnya lagi. Matanya berpinar-pinar memandang seperti ada satu cahaya di hadapannya. Cahaya apakah itu? Adakah aku akan mati? Adakah ini cahayanya yang menandakan masa aku sudah tiba.. aku perlu meninggalkan semua ini. Kelihatan cahaya itu semakin menghampirinya, semakin dekat dan dekat lagi. Kyra rebah, tubuhnya jatuh ke dada jalan raya yang gelap gelita. Cahaya itu semakin terang dimatanya dan Kyra sudah pergi jauh.